Pages

agoda.com INT Lazada MY

Mempersembahkan ATILIA

Aku bukanlah seorang yang suka menghadirkan diri ke konsert-konsert mahupun ke acara-acara persembahan muzik. Tapi aku memang minat muzik. Tak kira muzik yang macam mana, pasti aku akan minat asalkan kena dengan citarasa aku. 
International Singer? Maybe

Bermula 17 hingga 20 Mei ini aku akan menghadiri 45th MPS Annual Dinner and Dance bertempat di Holiday Villa Hotel and Suite di Subang Jaya. MPS ialah singkatan untuk Malaysian Pharmaceutical Society. Anda perlu menjadi seorang ahli farmasi jika ingin menyertai persatuan ini.

Antara acara yang bakal diadakan ialah update berkenaan kesihatan dan penjagaannya terutamanya kepada bidang-bidang kajian perubatan dan ubat. Di sini lah akan ada ubat-ubat baru dibincangkan dan diketengahkan. Biasalah, bidang perubatan adalah sesuatu yang dinamik. Sentiasa berubah-ubah. 

Malam 19th Mei akan ada persembahan daripada artis ATILIA. Hmm..best ke? Mungkin aku tak pergi tgk sebab nak bawa isteri dan anak jalan-jalan lepas seharian berpersatuan. hahaha.

No comments:

Post a Comment