Pages

agoda.com INT Lazada MY

Percutian di Bukit Merah


Seperti di entri sebelum ini aku ada ceritakan yang aku sekeluarga terpaksa berkorban agar aku dapat menjalani ujian ADFELPS di Kementerian Pertahanan, KL. Pada hari ujian tersebut, sepatutnya aku bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort seperti yang telah aku rancangkan dan booking.

Mercu Tanda Bukit Merah




Walaupun percutian ke Bukit Merah terpaksa di tangguhkan, aku tetap juga pergi ke sana pada sebelah petang selepas aku habis ujian ADFELPS tersebut. Percutian ini adalah idea isteri aku yang insist untuk pergi setelah mendapat kupon ke Waterpark secara percuma daripada Majalah Santai yang aku langgan setiap tahun. Oleh kerana dateline kupon terbabit jatuh pada hari sebelum 31 Mei 2012, maka aku kena gunakannya segera dan jika tidak maka tiada peluang untuk aku masuk bermain air secara percuma dengan anak kecil, Aliya Nuha.

Sebagai kenangan
Pakej penginapan juga percuma di Laketown Hotel. Yang ini aku dapat daripada Holiday voucher yang ayahku terima sewaktu menang peraduan basikal antik di Bukit Merah. So, dipendekkan cerita, aku tamat ujian pada jam 4 petang dan terus kami meluru laju ke Bukit Merah yang hanya mengambil masa 2 jam daripada KL. Hehe. Tapi disebabkan penat dan dan unpack barang, tiada aktiviti yang dapat dibuat petang itu. Hanyalah berehat untuk keesokkan harinya.

Antara pelancong Australia dan Jepun yang sempat kami bual
Banyak aktiviti yang menarik yang dapat dibuat disini yang antaranya adalah melawat ke Pulau Orang Utan, EcoPark, bermain air di taman temanya dan lain-lain lagi. Memang menyeronokkan lebih-lebih lagi informasi yang boleh di perolehi di Pulau Orang Utan. Sangat inspiring dan amat bagus untuk dilawati. Disamping dapat menderma untuk kelangsungan Orang Utan, dapat juga ilmu penjagaan Orang Utan supaya tidak pupus kelak.

Suasana bilik yang luas dan selesa
Percutian aku ke Bukit Merah ini memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi ilmu yang aku dapat dan terpesona dengan cara Tan Sri Mustafa Kamal (Pengerusi Kumpulan EmKay) berjaya dan menjadi business tycoon terkemuka di Malaysia. Daripada risalah artikel yang dibekalkan di bilik hotel, anak Tan Sri MK iaitu Tuan Haji Khaliff telah dilantik menjadi Managing Director kumpulan EmKay yang baru. Semoga anak beliau dapat meneruskan kecemerlangan legasi Tan Sri Mustafa Kamal.

Akhirnya, Aliya Nuha gembira
p/s: Teringat dulu yang aku pernah tinggal di Bandar Baru Sg. Buloh yang merupakan antara projek hartanah terawal yang dibangunkan oleh Kumpulan EmKay.

No comments:

Post a Comment