Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pernah makan di Satay Hut Tanjong Karang?

Salam untuk semua. Pernah datang ke Tg. Karang? Aku just nak kongsi nikmat makan satay di satu restoran terkenal disini. Iaitu Satay Hut. Dengar namanya pun dah tahu apa yang specialnya disini kan. Tentunya satay. Yup, sataynya lain dari yang lain. Ianya berbeza dengan satay kajang ataupun satay-satay biasa yang ada di Malaysia.
Restoran Satay Hut, Tg Karang

5 cucuk seorang cukup!

Satay disini boleh dipilih sama ada bersaiz besar atau biasa. Jika anda memilih yang bersaiz besar, cukup 5 cucuk tentu anda sudah kenyang. Jadi jika anda ingin ke Pulau Pangkor atau Lumut dengan melalui jalan 'lama' ini. Jangan ketinggalan untuk menikmati makanan disini. Memang berbaloi. Restorannya selesa dengan kemudahan surau disediakan. Jika bulan puasa, lauk-lauk disini memang sedap-sedap belaka. So, singgah-singgahla ke restoran ini.

2 comments:

  1. saya pernah makan sini..memang sedap dan menggiurkan...pi dengan tourism selangor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masyuk rasa satay dia. Terbaik!

      Delete