Pages

agoda.com INT Lazada MY

Review: WTF? Ini bukan buku berkaitan hartanah sebenarnya!

Salam untuk semua, diharapkan semuanya masih dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tercinta. Jika blogger famous seperti bro abangensem, ariffshah, eyriqazz dan yang seangkatan dengannya sibuk dan kecoh dengan buku WTF? 23 Properties by 30 hasil garapan dan tulisan saudara Faizul Ridzuan, aku juga nak mengambil peluang ini untuk hebahkan sebuah buku yang tidak kurang pentingnya kepada kita yang beragama islam.
Anda perlu ada buku ini.



Tajuk buku adalah 'Halalkah ubat anda' yang ditulis dan dikarang oleh sahabat aku yang juga seorang Ahli Farmasi lulusan UIA. Buku ini diterbitkan setelah menyedari terdapat pelbagai ubat-ubatan diluar sana yang mengandungi unsur-unsur babi yang jelas hukumnya haram. Penulis buku ini adalah saudara A.Rahman Baco yang juga merupakan pemilik website www.halalscience.com

Fast Selling like a hot cake
Didalam buku ini ada mengetengahkan senarai ubat-ubatan yang mengandungi unsur-unsur babi untuk makluman dan tindakan masyarakat beragama islam. Buku ini sangat menarik kerana ada menyediakan hukum-hukum, hadis-hadis dan takrifan darurat ketika menggunakan ubat-ubat yang memiliki unsur-unsur babi.

Kenapa kita perlu ada buku ini?

Sebab utama mengapa kita perlu mencari yang halal ialah kerana ia adalah Perintah Allah s.w.t kepada kita, seperti mana Allah berfirman yang maksudnya:

"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang 
ada di bumi yang halal lagi baik"

(Surah al Baqarahh : Ayat 186).

Sebab kedua : Mengelakkan daripada azab Neraka.
Sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w " Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya ". (Riwayat Thabrani).

Sebab ketiga : Doa yang makbul.
Rasulullah s.a.w berpesan: Betapa ramai orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu sebab terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya 
dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.
(Riwayat Muslim)

Sebab keempat : Amalan yang diterima oleh Allah s.w.t
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empatpuluh hari. (Riwayat Thabrani)

Sebab kelima : Membentuk Hati yang Bersih
Memakan makanan yang halal akan membentuk hati yang bersih daripada kejahatan. Seperti mana sabda Rasulullah :

"Hati yang bersih dibentuk daripada makanan yang bersih (halal)."

Sudahkah kita menyedari perihal kepentingan mengetahui isu halal haram dalam ubat-ubatan. Selalunya kita asyik bertelagah mengenai isu halal haram gelatin? Adakah kesemua gelatin berunsurkan babi?

Buku ini juga antara buku yang dipromosikan pada Pameran Buku di PWTC tempoh hari seperti buku WTF? 23 properties by 30. InsyaAllah buku ini tidak akan menghampakan para pembaca. But hey, tunggu dulu. Buku ini telah mendapat review oleh TVAlHijrah tempoh hari.

Diharapkan agar kita dapat membuat sedikit pelaburan akhirat seperti kita membuat pelaburan hartanah. Setuju? Sampai-sampaikan ayat kebaikan walaupun hanya sebaris. Wallahualam.

p/s : Jika WTF? 23 properties by 30 habis seperti pisang panas, 'Halalkah ubat anda' juga begitu, dah 3 kali percetakan. Jangan lepaskan untuk dapatkan senaskah buku ini. Cara permbelian sila ke website www.halalscience.com

1 comment:

  1. mak aih, terkejut sekejap baca WTF tu.hehehehe

    ReplyDelete