Pages

agoda.com INT Lazada MY

Tips blogging cara aku untuk semua

Salam untuk semua. Rasanya dah ramai blogger buat entri berkenaan hal ini. Daripada blogger biasa kepada blogger famous seperti Eyriqazz, Ariffshah dan juga bro berstatus sifu seperti Denaihati. Tapi biarlah kali ini aku pula yang berikan tips untuk korang blogger-blogger baru seperti aku praktikkan. Cara-cara ini aku perolehi secara kajian dan pemerhatian terhadap blog-blog famous yang hebat dan telah membuahkan hasil.

1. Perkayakan blog anda dengan entri sebanyak mungkin.
Jika banyak entri anda, maka banyak peluang anda untuk 'mengumpan' pencari-pencari maklumat melalui Google mahupun enjin carian lain.

2. Perbanyakkan isu atau perkara yang hendak diceritakan dalam entri anda.
Anda perlu perkayakan entri anda dengan pelbagai isu dan maklumat. Jangan biarkan blog anda hanya tertumpu kepada satu jenis maklumat sahaja. Cuba jadikan blog anda sebagai One Stop Centre untuk semua jenis maklumat dan pengisian. Walaupun perkara ini sukar, tetapi atas daya dan usaha keras anda, anda dan blog anda mampu menarik lebih ramai pencari maklumat di luar sana.

3. Pelajari ilmu SEO.
Apa itu SEO? ianya seperti joran yang mempunyai banyak mata kail. Jika anda dapat belajar ilmu SEO walaupun sedikit, mungkin peluang untuk blog anda ditemui semakin tinggi. Taip sahaja SEO di Google, pasti banyak blog yang telah mengupasnya dengan lebih dalam.

4. Blogwalking dan tinggalkan komen.
Disini ada beberapa tricks yang aku nak kongsikan. Walaupun aku pasti yang anda semua kerap melakukan blogwalking, tetapi apa yang lebih penting bagaimana nak menonjolkan diri anda dikhalayak pembaca blog yang anda terjah itu. Cara aku mudah sahaja, cuba cari komen yang mempunyai respons yang banyak, samaada dari author sendiri mahupun orang lain. Anda join the bandwagon dengan turut komen di thread komen yang 'panas' tersebut. Kebiasaannya, pembaca blog suka membaca komen yang ada komen-komen dibawahnya. Jika anda nak tinggikan peluang untuk anda dikenali, cuba pilih blog yang mempunyai aplikasi seperti CommentLuv ataupun yang seangkatan dengannya. Jika anda komen, anda akan dapat tempiasnya kerana entri terkini anda akan terpampang dibawahnya. Atau satu lagi, anda komen kepada komen yang terletak dikedudukan paling atas. Biasanya, jika komen disesuatu entri itu banyak, jenuh nak baca kesemuanya dan jarang akan ada blogger yang membaca keseluruhannya.

5. Anda perlu ada kesungguhan dan kesabaran.
Jangan terpedaya dengan blogger yang sudah famous, kadangkala apa yang mereka sampaikan memang nampak molek dan baik seadanya, Ianya hanya baik pada mereka, jika anda seorang yang cemburu, maka ini akan membuatkan anda berblog secara terburu-buru dan ingin mengejar kemasyuran seperti blogger famous. Anda kena buang sikap itu, ianya akan membuatkan anda rasa letih dan hilang minat kepada blogging. Sedikit demi sedikit lebih baik daripada banyak tetapi kualiti dan nilai tiada. Setiap blog perlu ada jiwanya sendiri. Terpulang kepada anda untuk mencari jiwa itu.

6. Anda perlu percaya dengan kemampuan diri dan blog anda.
Kadangkala blogger baru sering menjadi 'mangsa keadaan' dengan beranggapan bahawa mendapat perhatian daripada blogger famous adalah tanda kejayaan dengan pencapaian berblog. Walaupun ianya sedikit benar, tetapi ianya bukanlah kata putus dan muktamad terhadap tahap kejayaan blog anda. Mungkin blogger famous tidak singgah ke blog anda, tetapi ada insan lain diluar sana yang mungkin mengesan bakat anda dalam penulisan blog. Dan orang itu kemungkinan adalah orang penting dalam industri internet mahupun alam siber.

7. Anda perlu ada 'geng' dalam berblog.
Sekiranya anda hanya berseorangan, kemungkinan untuk anda berjaya mungkin memakan tempoh yang agak lama. Anda perlu ada 'peminat' mahupun pengikut. Jumlah pengikut dalam sesuatu blog bukanlah ukurannya, tetapi apa yang lebih penting adalah pembaca tegar anda. Sekiranya anda dapat mengenali mereka secara realiti adalah lebih bagus. Anda boleh buat entri berkenaan mereka, dan link kan ke blog mereka, dan vice versa. Lagi ramai kenalan blog anda, lagi banyak 'hype' yang anda boleh wujudkan. Lebih banyak hype ini, maka anda mencipta satu ilusi blogging yang pada blogger baru seperti andalah yang famous, paling happening dan banyak lagi.

8. Anda perlu promosikan blog anda.
Bagaimana caranya, jika anda ada duit lebih, mungkin anda boleh iklankan blog anda di ruang iklan blogger famous. Cumanya, blogger tersebut mungkin akan caj anda mengikut demand mereka. Ataupun cara yang paling mudah adalah promosikan blog anda di fan page komuniti blogger yang ada di alam cyber.

9. Anda perlu luangkan masa mengikuti event-event yang dianjurkan oleh sponsor iklan anda. 
Aku tak pasti adakah advertorial diberikan kepada blogger setelah blogger tersebut menghadiri dan mengupas sesuatu acara; sebab aku belum pernah merasa mengarang sebuah advertorial. Mungkin dimasa depan. :)

10. Anda hanya perlu jadi diri anda sendiri ! Hidup blogger-blogger baru! :P Happy blogging.

1 comment:

  1. bagus tips yang kamu tulis ni..akak dah malas nak buat N3 seo dah..tulis ajer apa yang terjadi dan apa yang di masak untuk hidangan keluarga tercinta.

    Glucosamine Sulfate (Viartril-S) berapa satu botol?

    ReplyDelete