Pages

agoda.com INT Lazada MY

4th CCM Halal Awareness Seminar 2012 di IKIM

Salam untuk semua. Thanks pada anda yang masih sudi lagi membaca blog ini. Seperti biasa, jika bukan blogger surirumah seperti abg ben kita, memang agak sukar nak update blog secara berkala. Sibuk dengan komitmen kerja dan tugasan yang memerlukan masa yang banyak untuk diselesaikan. Tambahan lagi aku telah di postingkan ke KL untuk semua maksud tugas, kerja, tanggungjawab dan pangkat. Yup, jika tiada aral melintang, aku akan dinaikkan pangkat daripada Kapten kepada Mejar disini. So, portfolio sudah berubah, mentaliti juga perlu berubah. Banyak yang perlu dilakukan disini. Nantila aku  cerita perihal tugas baru aku nanti.

Wacana pembuka minda
  
Cuma sekarang ni aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku perolehi daripada seminar yang telah dianjurkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal tempatan iaitu CCM Sdn. Bhd dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia iaitu IKIM pada 14 Jun 12 yang lalu. Seminar yang dihadiri tempoh hari adalah berkisarkan kesedaran tentang halal dalam perubatan dan hal-hal biasa seharian kita. Daripada isu ’beer halal’ kepada ubat-ubat yang berunsurkan barang yang ditegas dalam hukum syarak Islam.

Seminar ini dihadiri oleh golongan cerdik pandai dalam bidang mereka tersendiri  iaitu perundangan, industri farmaseutikal, JAKIM, Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) , profesor dari universiti-universiti dan pegawai farmasi yang terlibat. Pernahkah anda terfikir bahawa ubat yang anda beli,terima atau disuruh makan oleh doktor anda tidak halal? Atau tidakkah anda sedar kebanyakkan kicap yang digunakan untuk membuat Char Keuw Tiow kegemaran anda mempunyai peratusan alkohol yang tidak dibenarkan atau berstatus arak?. Kadang-kadang waktu kita menikmati makanan yang sedap-sedap di restoran kita tidak sedar yang kebanyakkan kelas-kelas kulinari mengajar pelatih-pelatih chef dengan memasukkan sedikit wine, arak untuk menaikkan rasa sesuatu hidangan.

Perlu dapatkan buku ini untuk koleksi peribadi dan ilmu anda
Ini didedahkan sendiri oleh salah seorang panel yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang halal di negara ini. Katanya, pada suatu ketika sekumpulan pelajar jurusan kulinari dari salah sebuah universiti tanah air tidak dibenarkan untuk menyertai bahagian dalam pertandingan masakan hanya tidak setuju untuk menggunakan wine dan arak dalam hidangan mereka. Kerana menggunakan wine dan arak adalah syarat untuk sertai pertandingan tersebut. Ini tidaklah aku hirau sangat sebab memang sedia maklum yang chef-chef di hotel-hotel ada menggunakan bahan yang mempunyai peratusan alkohol yang lebih daripada 2%. Mengikut undang-undang akta kawalan perihal dagangan, arak ditakrifkan dengan sesuatu bahan yang mengandungi nilai peratus@kepekatan alcohol lebih 2%. Fatwa berkenaan alkohol ini disampaikan oleh En. Dzulkifly Mat Hashim yang merupakan Ketua, Halal Product Research Institute, Universiti Putra Malaysia.

Terkejut juga aku dengan penjelasan isu minuman malt yang memang mengelirukan umat islam. Yerla, dulu kata haram, sekejap halal dan sekejap haram. Tapi dari penjelasan mereka, ternyata syarikat yang mengeluarkannya sengaja menjenamakan minuman mereka dengan botol dan label yang seakan-akan arak. Ada taktik untuk mengelirukan umat islam terutamanya muda mudi. Hmm.. amat meragukan.

Yang paling aku teruja ialah pendedahan Ketua Pegawai Farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya yang banyak memberikan input tentang pengalaman mereka menjaga kebajikan pesakit muslim dengan memperkenalkan panduan dan guideline yang boleh menjaga pegangan pesakit muslim. Panduan tersebut adalah modus operandi yang digunakan dalam memberitahu dan meyakinkan pesakit muslim tentang ubat-ubat yang bakal mereka gunakan samaada dari unsur haram ataupun tidak. Disini fatwa mengatakan bahawa menggunakan ubat yang dari unsur babi adalah harus sekiranya keadaan pesakit amat-amat memerlukannya dan tiada alternatif lain.

Untuk maklumat anda semua, anda boleh layari portal yang dibangunkan oleh Jabatan Farmasi PPUM ini untuk mengetahui status halal dan haram ubat anda. Univerisiti Sains Malaysia juga telah mengeluarkan monograph untuk maklumat umum tentang ubat-ubat yang bersumberkan babi dan bahagian yang diambil dari binatang tersebut. Buku yang berjudul The Halal Index ini boleh dibeli dan dijual untuk makluman umum. Buku ini dikarang dengan diketuai oleh Prof Dr Zhari Ismail seorang professor of Pharmacognosy/pharmaceutical chemistry yang memang mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal halal haram ubat kita.

Dan jika anda inginkan maklumat tambahan berkenaan halal haram ubat anda, anda boleh memiliki buku Halalkah Ubat Anda di www.halalscience.com.

Next, aku akan ceritakan apakah perbezaan ubat berdaftar dan ubat halal?. Yang ini adalah taklimat daripada Dr. Tajuddin Akasah yang merupakan Head of Centre for Quality Control, National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB).

6 comments: