Pages

agoda.com INT Lazada MY

Aku tolak makan malam dengan ATILIA


Pernah makan di Fish Market Manhanttan? Ini adalah pengalaman aku yang pertama. Ingat lagi entri ini yang aku katakan aku ada dinner dengan ATILIA? Haha, aku cancelkan dinner aku dengan ATILIA sebaliknya aku dan famili bergerak ke Sunway Piramid untuk bersuka ria dan makan-makan.
Memang terbaik Spagetti malam tu


Aliya Nuha sudah tentu dengan tempat permainan yang sememangnya dia suka. Aku dan isteri lebih kepada mencari tempat makan yang sesuai dan terbaik. Oleh kerana isteri mengamdung dan mungkin juga mengidam, isteri suggest yang kami perlu makan di Fish Market Manhanttan. Aku tidak pernah jejak restoran ini, wife mungkin sudah berkali-kali.

Bila nak main ni ayah, itu jela yang ditanya setiap kali
Apa yang boleh aku katakan yang makanan di sini sangat sedap. Memang tidak pernah aku rasa di tempat lain. Walaupun ala wertern, tapi ada juga hidangan yang ala-ala asam pedas, menurut isteri aku la. Rasanya saje seperti asam pedas, Cuma cara dia grill dan masak tidak sama.

Apa lagi yang boleh aku katakan selain Alhamdulillah. Kenyang perut aku malam tu.

p/s: Feedback yang aku terima untuk Dinner bersama Atilia itu tidak seperti yang diharapkan. Ramai yang kata masakan dan servis pada malam tersebut di Holiday Villa Subang Jaya kureng. Hmm..

No comments:

Post a Comment