Pages

agoda.com INT Lazada MY

Dilema : Cabaran buat blogger famous!



Salam untuk semua yang masih lagi membaca blog ini. Anda blogger baru yang masih mentah dan tidak tahu tentang selok belok blogging? Jika ya, anda seperti saya. Jangan risau dan bimbang, entri ini bukan ditujukan untuk anda tetapi kepada blogger famous yang ada diluar sana.

Dalam kita menghabiskan masa berblogging ini, sudah tentu ada diantara blogger famous yang kita jadikan role model dan panduan untuk berjaya seperti mereka. Kita sanggup menjengah blog mereka, meninggalkan komen dan tegar menunggu entri-entri terbaru mereka.

Dalam kita sibukkan diri berusaha mendekatkan diri dengan mereka, kita sedar yang mereka tiada masa untuk jengah blog kita yang mungkin sangat ‘rookie’ dan mereka sedikit pun tidak berminat untuk melawatnya. Aku mempunyai pengalaman yang sedemikian dan aku rasa apa yang blogger baru rasa. Mungkin inilah dugaan mereka yang masih lagi baru dan mentah dalam arena blog di dunia maya ini.

Aku nak bawa anda semua fikir bahawa blogger famous jarang dan sukar untuk melawat blog ‘peminat-peminat’ mereka yang baru apatah lagi asing bagi mereka. Jika peminat mereka komen pun, mereka cuma akan beri maklumbalas pada komen tersebut di ruangan komen diblog mereka sahaja. Ini adalah pendedahan ikhlas yang perlu aku kongsikan kepada blogger baru. Inilah dilemma antara blogger famous dengan blogger baru.

Kadang-kadang sikap ini yang membuatkan blogger famous seperti kacang lupakan kulit atau cakap tidak serupa bikin. Dalam memberikan tips blog yang effektif seperti backlinks dan sebagainya, amat jarang perkara ini dilakukan oleh blogger famous terhadap blogger baru dan mentah. Ianya amat mengecewakan lebih-lebih lagi sokongan yang telah diberikan kepada blogger famous sangatlah tinggi untuk mereka berjaya seterusnya mempunyai pendapatan sampingan.

Perlu diingat bahawa ada blogger baru yang menganggur dan menjadikan blogging sebagai pekerjaan sambilan sepenuh masa sebelum diberi peluang pekerjaan. Dan untuk itu, mereka mendekatkan diri dengan blogger famous supaya arus blog yang pesat tidak meninggalkan mereka jauh ke belakang. Mereka juga inginkan pendapatan sampingan sementara untuk kelangsungan hidup mereka.

Entri ini bukanlah bertujuan untuk condemn semua blogger famous, cuma dalam merancakkan industri blogging yang makin berkempang pesat ini, perlu ada kerjasama ikhlas dan bersungguh daripada blogger famous dan baru. Untuk majukan blogger baru, perlu ada sokongan, motivasi dan mungkin sedikit promosi daripada blogger famous. Sebagai balasan, blogger baru ini akan terus menyokong blog blogger famous dan mungkin memberi promosi mulut ke mulut kepada rakan blogger baru yang ingin berkecimpung dengan menjadikan blog blogger famous sebagai contoh dan teladan.

Jurang diantara blogger baru dan famous tidak harus dijadikan lebih dalam dan luas hanya takutkan rezeki yang bakal diterima mungkin berkurangan. Ingatlah jika kita tolong sesama manusia, maka rezeki yang diterima lagi diberkati dan dirahmati. Ini tidak, blogger famous hanya didalam ruang lingkup mereka. Backlink hanya diberikan sesama mereka. Jarang diberikan kepada blogger baru. Jika mahupun, blogger baru perlu membayar dengan membeli ruang-ruang iklan di laman blog blogger famous.

Apa kesudahannya jika kita masih ada rasa insecure dan tidak yakin mampu bersaing sesama kita. Kita lebih memikirkan untuk nasib kita sedangkan kita mampu untuk buat lebih daripada itu dengan menolong sesama kita. Mungkin ada yang beranggapan bahawa entri ini adalah entri untuk meraih publisti murahan dan mungkin sokongan daripada blogger baru. Aku tidak peduli apa yang akan orang lain katakan lebih-lebih lagi blogger famous.

Kuasa penentu arah rezeki bukan pada tangan mereka. Mereka bukanlah penentu peluang advertorial atau pengiklan kepada blogger-blogger secara total. Kita yang memikirkan sebegitu sedangkan kita mampu fikirkan sebaliknya yang lebih memihak kepada kita. Semuanya terletak kepada fikiran kita jika kita menginginkannya. Jika kita masih memikirkan bahawa blog blogger famous sukar untuk disaingi, selamanya kita akan dibawah mereka. Dan selamanya kita akan rasa kerdil jika berdiri disisi mereka. Mereka juga mencari rezeki seperti kita cumanya mereka lebih bernasib baik.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mengkagumi mereka dengan tidak melebih-lebih dan mencontohi usaha dan masa yang dicurahkan seperti mereka untuk menjayakan blog mereka. Pembelajaran secara pemerhatian dan penghayatan daripada blog mereka adalah kunci utama untuk memecahkan monopoli mereka.

Fikiran kita perlu kuat. Motivasi perlu jitu. Kesungguhan perlu terus menyala. Niat perlu betul. Diharap kita dapat saling tolong menolong sesama kita dan bukannya hanya mempergunakan insan lain untuk kebaikan kita sahaja. Dalam kita mencari rezeki, mungkin kita boleh selitkan pahala sedikit. Paling penting, jangan lokek ilmu. Kongsila ilmu tersebut walaupun sedikit. Jika anda ingin buat duit dengan ilmu yang tuhan beri, itu terpulang kepada anda. Tapi alangkah baiknya ilmu tuhan itu di kongsi-kongsikan secara menyeluruh dan ikhlas.

Semoga arena blogging menjadi lebih sihat dan kompetetif. Selamat maju jaya untuk semua.

p/s : Hidup ini seumpama pusingan roda, jika blogger baru menjadi famous, adakah anda bersikap seperti mereka? Inilah dilema sebenarnya. Dan semuanya adalah dugaan daripada tuhan untuk uji hambanya. Subhanallah, maha suci Allah.

No comments:

Post a Comment