Pages

agoda.com INT Lazada MY

Insaflah wahai manusia

Ditukarkan lampin seperti bayi
Percutian aku dan keluarga ke Bukit Merah sememangnya meninggalkan 1001 kenangan. Pada aku, lawatan ke Pulau Orang Utan benar-benar menginsafkan. Bukan hanya setakat faham dan menghayati erti kepentingan usaha konservasi spesis ini, aku juga belajar erti kemanusiaan yang perlu ada pada diri setiap insan.

Dijaga seperti kanak-kanak
Jika keluar berita anak-anak malang seperti bayi ditinggalkan di tepi tong sampah atau sebagainya memang aku tak sanggup tengok. Aku pasti akan salahkan mereka yang melakukan kerja terkutuk itu. Sedangkan binatang juga pandai sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang mempunyai fikiran.

Tidakkah masyarakat kita tidak sedar yang statistik menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkahwin tetapi tidak memiliki anak adalah lebih ramai dari mereka yang mempunyai anak. Betapa payahnya pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tiba-tiba ada je manusia yang sanggup buang bayi dan bunuh sebagainya.

Lihat gambar dibawah, jika binatang kita boleh layan sebegini. Janganlah kita layan manusia dari keturunan ciptaan  tuhan yang terbaik dan sempurna kita perlakukan seperti yang kita baca dalam surat khabar. Insaflah!

Dijaga seperti anak



No comments:

Post a Comment