Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kejohanan Sukan Mini Intra Kor KKD Tahun 2012

Aktiviti bersukan memang boleh menyihatkan badan. Atas dasar itu, aku suka bersukan. Bukannya apa, bila dah berkahwin dan bergelar ayah, sumpahan perut ke depan akan berlaku jika tak melakukan sesuatu untuk mencegahnya. Haha.

Nasib baik hospital aku ada menganjurkan Kejohanan Sukan Mini Intra Kor KKD Tahun 2012 yang julung kali diadakan di Pangkalan TLDM. Walaupun jumlah sukan yang dianjurkan hanyalah 5 iaitu Futsal, Bola Tampar, Lari berganti-ganti, Boling dan Golf. Ianya sedikit sebanyak dapat mengeratkan ikatan persahabatan di antara peserta yang menyertainya.
Johan Tenpin Boling
Johan Futsal

Oleh sebab tiada wakil pegawai yang mencukupi di hospital aku, aku dipaksa join game Futsal, Bola tampar dan Boling. Memang minat aku pada boling sebenarnya. Futsal tidaklah hebat sangat, Cuma jarang dapat bermain futsal. Kali terakhir pun time zaman belajar dulu di Shah Alam. Bola Tampar pun begitu. Tapi Alhamdulillah, aku dapat jadi johan untuk game Futsal dan Boling. Gangsa untuk Bola Tampar. Not Bad eh. hehe

No comments:

Post a Comment