Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kritikan yang tidak kena tempat

Pernah tak korang terfikir tentang ini. Ada ramai blogger yang bersikap atau berpandangan ‘skeptics’ teradap penjawat awam. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Dimanakah salahnya? Adakah semua penjawat awam itu sendiri yang selalunya bersikap seperti yang didakwa. Sambil lewa dan tidak proaktif ketika melaksanakan tugas.

Itu antara luahan blogger terhadap tahap perkhidmatan kakitangan awam atau kerajaan. Jika mereka berurusan di kaunter, jika kehendak mereka tidak dipenuhi akan ada sahaja rungutan diluahkan dalam blog mereka. Sememangnya kakitangan tidak terlepas daripada buruk salah laku dan sikap tidak professional. Adakah semua kakitangan awam sebegitu? Itu  yang aku cuba nak sampaikan.

Panas hati juga bila mereka ‘generalise’ kan ‘kesilapan’ sesetengah kakitangan awam itu kepada ‘semua’ yang berkerja dengan kerajaan. Even ada yang mempersoalkan program-program dan pelan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bersikap seperti seolah-olah pengkritik berintelek ini adalah sikap mereka. Sedangkan mereka sendiri tidak memahami apa yang mereka kritikan. Sebelum ‘menghentam’ pelan transformasi kerajaan, belajar dan cuba faham apa yang hendak dicapai dengan program-program dan pelan-pelan tersebut.

Pada aku, kita semua saling berhubung kait. Sama ada kau sokong parti haluan kiri atau parti haluan kanan. Even yang atas pagar pun berkait sama. Bagaimana? Contohnya kau kerja swasta dan menganggap pekerjaan di swasta lebih mendidik anda menjadi lebih professional dan proaktif, mungkin betul. Tapi tidakkah anda sedar yang kelangsungan syarikat atau majikan swasta adalah berhubung kait dengan kemakmuran negara secara tidak langsung atau secara langsung dengan mendapat sokongan kerajaan.

Jika kita hanya tahu bersikap terlalu kritikal terhadap sesuatu perkara sehinggakan habit menyalahkan pihak lain tanpa melihat kepada kelemahan diri sendiri adalah sesuatu yang amat merugikan. Satu jari tunding kepada kerajaan tanpa disedari yang lagi 4 jari kepada diri sendiri. Mengkritik memang mudah, tetapi jika anda ditempat mereka yang anda kritik, maka anda akan rasa betapa payahnya menjadi mereka.

Mereka dan anda adalah makhluk tuhan yang perlukan kerjasama simbiosis. Tanpa mereka, anda pun tidak lengkap. Vice versa. Seperti konsep Ying dan Yang, Baik dan Jahat, Pandai dan Bodoh dan juga perbezaan-perbezaan yang lain. Sama ada anda hendak atau tidak, anda perlu tinggal di dalam dunia ini yang sebegitu. Jika anda ingin mengubahnya pun, buatlah secara berhikmah. Tak usah cetuskan kebencian, api kemarahan, rusuhan dan sebagainya.

Perlu hormat setiap insan didunia ini. Jika tidak hormat jawatan dan portfolionya, at least hormatlah mereka kerana mereka sama seperti anda yang dijadikan tuhan daripada tanah. Sama sahaja. Anda dan mereka. Sila unplugged diri anda daripada matrix yang anda cipta sendiri.

No comments:

Post a Comment