Pages

agoda.com INT Lazada MY

Larangan Meletak Iklan Dalam Blog

Pernah tak korang nampak iklan di sesuatu blog? Mesti pernah bukan. Aku tak kisah jika iklan anda itu dari pengiklan blog seperti nuffnang dan innity. Yang merungsingkan aku adalah iklan penjual produk-produk seperti produk kesihatan, barang-barang ataupun persendirian.

Trend sekarang adalah iklan-iklan produk kesihatan berunsurkan batin dan pemberi tenaga yang pada aku dah over the top. Daripada tagline yang mempunyai maksud tersirat berbaur lucah dan juga claim syarikat tentang keberkesanan sesuatu produk itu. Ada yang kata produk mereka dapat menyembuhkan penyakit itu ini. Malah ada yang katakana produk mereka boleh mengembalikan kegagahan seperti malam pertama. WTH man??

Anda tahukah yang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) tidak pernah memberi pengesahan tentang keberkesanan tentang sesuatu produk dalam kategori supplemen ini. Jika organisasi yang mengawal mutu dan kualiti sesuatu produk itupun tidak memberi pengesahan tentang effikasi produk tersebut, masa kan kita boleh claim yang produk ini baik dan terbukti ini dan itu.

Untuk ubat-ubatan rasmi dan bukan supplemen, BPFK membuat 3 peringkat pemeriksaan iaitu kualiti, keselamatan (safety) dan keberkesanan (efficacy). Itu untuk ubat ye, jika untuk produk kesihatan, mereka hanya memeriksa kualiti dan keselamatan pengguna yang menggunakannya. Tentang keberkesanan adalah tanggungjawab individu yang percaya pada cara pengiklanan dan penjelasan pihak syarikat.

Disinilah kelemahan yang selalu timbul apabila syarikat mula membuat claim yang over the top. Dan keberkesanan sesuatu produk mereka adalah tidak berlandaskan kajian terperinci secara klinikal pada haiwan mahupun manusia. Yang mereka ada hanyalah testimonial. Testimonial ini adalah berat sebelah. Daripada 100 orang pengguna, adakah semuanya sihat dan kembali pulih. Tidak mungkin. Mungkin hanya seorang dua sahaja, tetapi publikasi yang meluas tentang testimonial inilah yang membuatkan kita seolah-olah terus percaya pada sesuatu produk.

Aku tak nak salahkan blogger yang letak iklan sebegini diblog mereka. Mungkin blogger tersebut tidak mempunyai maklumat jelas. Yerla, jika blog merupakan periuk nasi mereka, maka kadangkala terpaksa tutup sebelah mata tentang aspek perundangan dan claim yang tidak munasabah sesuatu produk. Jika tidak, periksalah akta Racun 1952.

Tidak perlulah kita bersubahat menjaja produk yang mungkin memudaratkan orang lain. Jika ingin meletak iklan pun, biarlah yang tidak menjejaskan kesihatan orang lain. Sekadar meluahkan perasaan sebab jelek dengan iklan-iklan penguat tenaga batin yang kebiasaannya ada campuran bahan terlarang. Itu aku pasti sebab aku pernah kerja di bahagian pengawalan farmasi dulu.

No comments:

Post a Comment