Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pegawai dan Kakitangan berpisah tiada


Pada pertengahan bulan Mei yang lepas, aku dan seluruh staf Jabatan Farmasi dibawah seliaan aku berkesempatan meraikan majlis perpisahan 3 orang staf yang bakal bersara dan juga pelajar jurusan Diploma Farmasi/Kelas 1 yang bakal menamatkan latihan sambil kerja di hospital tempataku bertugas.

Majlis perpisahan ini diadakan di Hotel Best Western dengan kerjasama daripada Syarikat Farmaseutikal Jannsen and Cilag yang cukup sporting menaja majlis tersebut. Majlis tersebut bukan hanya majlis perpisahan tetapi juga majlis menimba ilmu pengetahuan yang berguna dimana syarikat terbabit menerangkan fungsi dan peranan ubat-ubatan mereka. Disamping itu juga, staf-staf aku dapat di berikan pendedahan tentang menerangkan bagaimana cara ingin memberitahu pesakit sekiranya mereka mempunyai alahan atau masalah dengan ubat-ubatan tersebut.


Pengucapan umum amat penting bagi seorang ketua

Pada aku, selaku pharmacist; sudah tentu aku tahu punca,peranan dan kesan sampingan ubat terbabit, tapi aku memikirkan staf aku yang mungkin jarang-jarang mempunyai peluang untuk menghadiri majlis ilmu seperti ini. Jika pegawai selalunya ada peluang terbabit seperti yang aku hadiri di Holiday Villa, Subang Jaya tempoh hari.

Peluang bertemu dan makan bersama ini juga bolehlah dianggap sebagai majlis mengukuhkan ikatan persahabatan di antara staf dan juga merapatkan silaturrahim. Pada aku, itu yang paling utama. Dalam kita menyelia satu jabatan yang dibawahnya ada lebih kurang 20 orang kakitangan, sememangnya amat sukar dan payah untuk kita bertemu dan bersua muka ditambah lagi kita disibukkan dengan tugas hakiki. Tetapi sebagai Ketua Jabatan, kita perlu mencari masa dan peluang bagaimana kita boleh meluangkan masa bersama kakitangan.

Penyerahan saguhati tanda kenangan kepada salah seorang bekas staf yang amat berdedikasi
Sememangnya, berjayanya seseorang ketua itu adalah lahir daripada usaha yang berterusan dan keyakinan yang ada dalam diri seseorang kakitangan. Jika mereka dihargai dan mempunyai ikatan hubungan yang baik, maka mereka akan berikan prestasi yang baik dalam kerja mereka. Aku dah lihat itu daripada kaca mata aku sendiri. Seorang staf yang dianggap tidak baik telah dihantar kepada aku, dan dengan hanya aku meluangkan sedikit masa bertanya keadaannya dan masalahnya, dia berubah menjadi sebaliknya which is better than before.

Bergambar bersama sebahagian staf dan pelajar yang hadir di majlis tersebut
Itulah kepuasan yang sebenarnya pada diri aku. Melihat semua staf bekerjasama, membantu sesama sendiri dan menyelesaikan konflik dengan baik memang mengujakan dan membuatkan aku puas menjadi Ketua Jabatan. Dan sememangnya aku bersyukur kerana bekerja di dalam ATM yang ‘memaksa’ aku untuk cepat matang dan berfikiran seperti ‘ayah kepada anak’ daripada usia yang selayaknya.

No comments:

Post a Comment