Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pemikiran positif dan kepentingannya



Pemikiran yang waras, positif dan realistik adalah penting kepada sesebuah organisasi. Mengapa ianya penting? Fikiran yang positif mampu menarik reaksi positif. Ini adalah entri luahan hati aku.

Pada aku, jika kita berfikiran positif, waras dan realistic, kita mampu mengubah dunia ini. Bagaimana? Kita mampu mengubah dunia ini dengan cara affection yang mampu kita cipta, tarik dan ubah perilaku manusia disekeliling kita. Cumanya, jangan kita tewas dengan karakter-karakter negatif yang lebih dominan di sekeliling kita. Kita tidak perlu berkeras atau berlawan menegangkan apa prinsip dan hati kita rasa. Cukup sekadar kita ’bersederhana’ dalam perwatakan dan tidak ego. Ada manusia yang tiada ego, atau kebanyakan manusia sbenarnya boleh mengawal egonya. Perlu ada rasa sabar dan syukur.

Sebagai pemimpin, sifat sebegini amat penting demi kelangsungan perjalanan pengoperasian sesebuah organisasi. Pemimpin perlu bersikap cool, tidak mudah mengalah, tidak mudah mengeluh, tidak mudah gelabah dengan cabaran dan ujian yang bakal dihidapi.

Anda pernah lihat filem The Secret? Atau membaca buku motivasi popular The Secret yang mencatat jualan tertinggi disekitar tahun 2006? Saya rasa belum terlambat untuk anda baca dan fikirkan apa yang ingin disampaikan oleh penulisnya iaitu Rhonda Byrne. Dalam buku itu mengisahkan teori tarikan ataupun Attraction Law yang dinatijahkan dengan kuasa alam semesta. Jika kita berfikiran positif, kita mampu menjadi apa yang kita idamkan. Tapi perlu diingat, bukan hanya setakat mengubah cara berfikir anda senang boleh dapat kekayaan, kecergasan dan kegembiraan. Anda juga perlu berusaha ke arah itu.

Buku tersebut ada baik dan buruknya, tetapi anda yang menentukannya. Tentukan bagaimana? Tentukan dengan fikiran anda. Lihat, betapa hebatnya kuasa fikiran anda. Akal yang tuhan berikan hanya pada manusia. Dapatkah anda bayangkan jika fikiran anda positif, jauh dari prasangka buruk, sifat negatif dan sebagainya, ia akan mencorakkan diri anda menjadi lebih baik dan berjaya.

Tidak perlu sertai seminar mahal kuasa minda yang dianjurkan, hanya mulakan dengan langkah pertama. Iaitu berubah dan istiqamah. Kurangkan atau minimumkan kesilapan diri sendiri. Nescaya tuhan akan membantu kita. InsyaAllah. Seminar yang dianjurkan mungkin lebih baik dari kita mulakan sendiri, jika anda mampu, baguslah. Jika tidak, anda boleh mulakan sendiri. Terpulang kepada diri anda. Seminar anda lebih bersemangat disebabkan ada motivasi dari rakan-rakan dan perasaan persamaan ke arah kebaikan. Maka anda tidak malu dan terus memulakan langkah pertama anda itu.

Langkah pertama itu yang paling mustahak. Motivasi adalah perkara kedua. Jika anda tukar cara anda berfikir dan dapatkan sokongan dari diri anda sendiri. Anda boleh lakukannya. Tidaklah orang gunakan kesempatan ’kurang motivasi’ untuk mereka jana duit dan seterusnya mereka yang sebenarnya lebih kaya dan berjaya dari anda. Jika anda sememangnya perlukan motivasi, anda memang golongan yang perlu ke seminar. Jika tidak, anda dapat jimatkan wang dan ubah cara hidup anda.

So, bersama-samalah kita berfikiran positif terhadap apa yang terjadi dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment