Pages

agoda.com INT Lazada MY

Perit Kotaraya


Cuba lihat mereka di sana,
Mereka berlari mengejar dunia,
Berlari lagi mengejar masa,
Masa yang cuma singkat seketika,

Apa yang mereka cari sebenarnya,
Kekayaan atau kehidupan?
Kekayaan dunia yang tidak kekal,
Kehidupan di alam fana yang bukan segalanya,

Aku terhimpit bersama mereka,
Sesak nafasku bila bersua,
Tapi aku tetap gagahi juga,
Kerana ini adalah dunia aku juga,

Aku masih tak mengerti mengapa mereka begitu,
Pagi sendiri malam menyendiri,
Berkejar-kejar demi sesuap nasi,
Agar dapat meneruskan legasi,

Pengemis di jalan hilang arah,
Tewas dalam kancah dunia,
Tiada siapa yang bisa menolongnya,
Kerna mereka sibuk dengan dunia mereka,

Sesama mereka saling tidak mengenali,
Walau hidup saling berdekatan,
Dunia aku, aku punya,
Dunia kamu, kamu jaga,

Mengapa kita sudah begini,
Tiada lagi erti kasih sayang,
Tiada lagi erti persahabatan,
Salah diri yang tandus pengertian,

Hidup ini bagaikan roda,
Sekejap di atas, sekejap di bawah,
Andai kita sedar dari awal,
Maka kita dapat mengawalnya,

Selamat hidup didunia ini,
Dunia sementara pengganti akhirat,
Tak perlu saling bermusuhi,

No comments:

Post a Comment