Pages

agoda.com INT Lazada MY

Putrajaya Urban Adventure Challenge 2012

Salam untuk semua. Korang pernah sertai mana-mana aktiviti sukan lasak tak? 3 Jun 2012 yang lepas merupakan detik sejarah dalam hidup aku. Boleh dikatakan ini adalah kali pertama aku sertai aktiviti sukan lasak berpasukan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan Tuah Adventure Sdn. Bhd selaku organiser. Mula-mula agak kekok jugak, yerla semua peserta kebanyakkan pernah ada pengalaman dalam aktiviti mcm ni. Cuma aku yang dalam kategori ’baru’.







Tak boleh kata apa-apa kalau korang tak sertai aktiviti ini. Bila dah join baru boleh sembang mcm mana rasa. Rasa menyesal ada, rasa seronok ada, rasa ’feel’ pun ada. Mcm2 ada. Pendekkan cerita aku dan basikal aku bergerak ke Puncak Alam untuk jumpa kawan aku yang juga pensyarah di Fakulti Farmasi di UiTM. Kalau nak dibandingkan aku dan dia, aku rasa dia lagi expert dalam bab-bab sukan mcm ni.

3 Jun adalah hari Ahad. Game dimulakan pada jam 8.00 pagi. Berlari sejauh 8 km, berbasikal sejauh 33 km, biathlon 3 km, berkayak 1 km, berenang 150 m dan hiking aku pun tak pasti tinggi bukit tu. Penat memang penat. Tapi berbaloi jika anda dapat tamatkan semua disiplin yang terlibat.

Penat bukan kepalang
Perasaan aku ketika sampai ke garisan penamat adalah sangat penat dan bangga pada diri sendiri. Bukan nak menang pun. Sebab aku bukannya pro dalam sukan ni. Just suka-suka jumpa member lama dan buat aktiviti bersama. Itu je. Lagipun dengan yuran penyertaan serendah RM 75 seorang amat murah bagi aku. Lihat sahaja goodies yang setiap peserta dapat. Voucher pemeriksaan kesihatan di lab BP pun dah mencecah hampir RM 300 ditambah lagi dengan voucher pakaian X2U bernilai RM 100. Dapat Sunblock, dapat minuman dan makanan penambah tenaga dan sebagainya. Memang berbaloi.

Aksi Cliche
Tapi yang paling priceless adalah perasaan ketika anda melepasi garisan penamat dan dapat ’finisher medal’. Itu memang saat yang terbaik. Putrajaya sangat best. Track Mountain bike yang sangat best dengan panorama yang cantik. Aku puji organiser yang mantap dalam buat persiapan untuk PUAC 2012 yang lepas. Akan datang jika ada lagi memang aku nak join. Jom!

No comments:

Post a Comment