Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kenangan Aidilfitri Lalu

Aidilfitri yang lalu banyak peninggalan nostalgia untuk famili aku. I supposed. Aidilfitri tahun lepas adalah tahun dimana kakak aku melangsungkan majlis pertunangan dengan suaminya kini. Faham-faham jela kan, bila nak sambut raya dengan ada majlis istimewa mcm ni memang memenatkan. Tapi ade ke aidilfitri yang tak penat? Sure penat jugak, masing-masing nak kena buat preparation kan?
kakak dan aliya
Tahun lepas adalah raya disebelah aku, so, aku ada, isteri ada, dapatla membantu mak ayah buat preparation majlis tersebut. Bila dah besar ni, rasa aidilfitri kurang meriah. Tak tahu la sebab dah dewasa ker, or sebab dah tak dapat duit raya lagi. Or dah kena pulak bagi duit raya. Tapi ia still ada makna dalam hati setiap umat islam kan. Yerla hari kebesaran selepas sebulan berpuasa. Siapa tak nak celebrate kan? Cuma kemeriahan tu tak sama dengan keseronokkan dizaman kanak-kanak.
Gambar yang melayakkan aku sertai Masterchef Blogger dulu
Dulu, masih ingat lagi. Sanggup berjalan satu taman beraya dari rumah ke rumah. Duit raya masa tu paling tinggi pun RM1, penat berjalan singgah kedai runcit beli aiskrim pop! boleh kerat 2 dengan kepakkan dengan kaki. haha.. nostalgic sgt. Ataupun, time raya yang dianggap selama sebulan tu digunakan secukupnya untuk 'pau' air kat rumah2 yang berdekatan. Misalnya, main bola ngan kawan sampai penat, lepas tu tekan loceng rumah melayu mana-mana yang tak kenal atas alasan beraya, lepas tu minum air sirap banyak2 sampai puas, kuih haram tak makan. Lepas tu buat muka toya menunggu duit raya.
Kesibukkan nak membuat persiapan majlis kakak aku
Bila dah dewasa, tanggungjawab pun dah ada perasaan tu dah jadi lain. Sekarang pusingan roda kehidupan tu berbalik kepada kita. Karma berulang seperti lagu Justin Timberlake ' What goes around. come around' . So, semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna buat semua. :) Bagaimana dengan kenangan anda?

Kenangan Aidilfitri 2011

6 comments:

  1. kikikiki!!! comelnyer si kecik tu buat bibir camtu

    ReplyDelete
  2. dulu2 kalau duit raya RM1 memang dah besar, sekarang mungkin budak cakap, alah seringgit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, skrg ni budak2 leh demand pulak nak berapa duit raya.hmm

      Delete