Pages

agoda.com INT Lazada MY

Konflik di alam pekerjaan


Salam untuk semua yang masih lagi membaca blog ini. Pernahkah anda melalui pengalaman dimana anda tidak bersetuju dengan keputusan dan cara bos anda? Pernah tak anda pernah merasa maruah diri anda sangat rendah apabila dimarahi atau ditegur oleh bos anda?. Atau anda seorang yang tidak dapat mengikut suasana semasa di tempat kerja dan terlalu memikirkan tekanan anda sampai terbawa-bawa ke rumah?

Konflik ini biasa berlaku dialam pekerjaan. Mengapa ianya terjadi? Sudah semestinya ianya terjadi disebabkan perbezaan pendapat, sosio-ekonomi, latar belakang dan prinsip hidup anda dengan mereka disekeliling anda termasuklah bos anda. Perkara ini terjadi saban hari di tempat kerja yang tidak harmoni. Tempat kerja yang tidak kondusif juga membuatkan konflik ini berlaku. Tekanan hidup dan kegagalan mengekang emosi memainkan peranan memburukkan lagi keadaan.

Persoalannya, adakah ianya normal? Konflik ini agak normal sebenarnya tetapi dengan adanya konflik sebegini, ianya merugikan organisasi sebenarnya. Siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah bos anda, atau diri anda sendiri. Kita selalu memikirkan kehendak diri sendiri tanpa memikirkan kebaikan yang boleh dinikmati bersama dalam konteks yang lebih luas. Adakah bos tidak boleh bertindak ‘keras’ atau sickening just untuk memastikan semuanya teratur dan berjalan mengikut kehendaknya. Setiap bos pasti aka nada hala tuju dan matlamat organisasi yang ingin dibawanya. Tetapi berapa ramaikah pekerja bawahan yang sedar dan faham aspirasi ini.

Disebabkan tiada kefahaman dan tiadanya usaha untuk berkomunikasi secara baik, maka konflik dalam pengurusan akan mula berlaku. Setiap masalah tentu ada cara penyelesaiannya. Sabar adalah kunci utama sebenarnya. Yup, kadangkala kita akan dihimpit dengan masalah yang kita sendiri susah nak bending. Atau masalah yang sgt menyesak jiwa. Tetapi sedar atau tidak, dengan hanya berdiam diri dan muhasabah diri, kita boleh menyelesaikan masalah terbabit. Jangan terlalu memikirkan masalah yang dating menjelma sehinggakan kita terlupa untuk memikirkan cara untuk mengatasinya. Adalah lebih baik jika kita memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah daripada kita tertekan kenapa masalah ini dibebankan atas bahu kita.
Sebagai pekerja, kita harus akur akan kedudukan kita. Jika kita hanya pekerja biasa dan mempunyai bos, seeloknya ikutlah kehendak bos selagi mana kemahuaannya tidak bertentangan dengan hukum agama. Biarlah kita dimarahi, sebab kita sememangnya dibayar untuk ditegur dan dimarahi demi kebaikan syarikat dan diri sendiri. Anggaplah ianya satu proses pembelajaran yang berterusan untuk menjadikan kita lebih positif dan baik di masa depan.

Sesungguhnya konflik dalam pengurusan tidak akan tamat jika kita tidak positif terhadap diri sendiri dan mereka disekeliling kita. Atasi konflik dalam jiwa anda sebaik mungkin. Selamat bekerja untuk semua.

8 comments:

  1. Tak pernah ada konflik.. rhea dan bos punya perhubungan yang sangat baik selama ini :) Memang ada tekanan, selalunya dari pihak org lain.

    ReplyDelete
  2. selalu sangat ada konflik kat tempat Jal kerja, sampai terpaksa berhenti, konflik kat mana2 pon ada, yang bezakannya adalah bagaimana kita menanganinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. setuju dengan pendapat anda.

      Delete
    2. heheh ada blajar kat skolah dulu, matapelajaran sivik betol tak

      Delete
    3. Yeker ader? mcm tak perasan la pulak. hehe

      Delete
    4. konflik sesuatu yang normal... berhenti bukan jalan penyelesaian yang terbaik... cuba sebaik mungkin atasinya...

      Delete