Pages

agoda.com INT Lazada MY

MAKNA salam ramadhan

Sudah lama aku menjadi penderma untuk organisasi MAKNA ini. Agaknya sudah 2 tahun.Semuanya bermula bila aku mengenangkan kos rawatan kanser atau barah yang sangat tinggi. Memang aku terlibat dalam pembancuhan ubat kanser, pembelian ubat tersebut dan aku faham benar jika ada makcik atau pakcik kampung yang menangis bila diberitahu kos rawatan yang terpaksa mereka tanggung.

'Lebih baik mati dan duit tadi boleh diberikan kepada anak-anak untuk belajar'

Aku masih ingat dengan jelas ayat di atas, tersentak bila dengan senyuman seorang makcik cakap begitu pada doktor yang menerangkan kos rawatan beliau. Sedangkan makcik itu tidak fikirkan yang sekiranya dia sudah tiada, anak-anak dia mungkin akan lebih susah kerana tiada tempat bergantung ataupun berkasih sayang.

Atas sebab itu, aku terpanggil untuk sertai MAKNA untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukan hanya aku respek pada founder MAKNA tapi terpegun dengan kerja-kerja amalm yang mereka lakukan. Seriously ia memerlukan dedikasi dan jati diri yang tinggi untuk berdepan dengan orang ramai. Dan aku respek mereka yang rajin berdiri di Shopping Complex untuk promote kesedaran dan mohon sumbangan. Bukan mudah sebenarnya. Aku sendiri tak sanggup buat begitu. Hanya mereka yang ada keberanian sahaja yang mampu laksanakannya. So di bulan Ramadhan ini, aku mengajak mereka diluar sana untuk bersedekah untuk mereka yang memerlukan. InsyaAllah, tuhan akan membalasnya dengan cara yang anda tidak sangka. :)

Let us welcome Ramadhan, the month of Al-Quran Revelation.
The holy kitab helps the mankind as the guidance, the manifestation of right and wrong,
the summation and culmination of all previous revelations, a glad-tiding to the believers.

May HIS blessing always shine upon you!

Ramadhan Mubarakh!
MAKNA (Majlis Kanser Nasional / National Cancer Council)
BG 03A & O5, Ground Floor, Megan Ambassy,
No 225, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
TEL: +603-2162 9178    FAX: +603-2162 9203
Find us onFacebookTwitterYoutube
makna.org.my

No comments:

Post a Comment