Pages

agoda.com INT Lazada MY

Ucaplah Terima Kasih dengan Senyuman

Setiap saat kita hidup dengan orang disekeliling, tidak kira ahli keluarga, sahabat handai mahupun suami isteri. Pastinya kita keseorangan. Dan kita memang tidak boleh dan mampu hidup sendirian. Itulah lumrah hukum alam dan simbiosis kita sesama manusia. Jika kita berseorangan didunia ini, there must be something wrong with us.

Sedar atau tidak, kita hanya memberi senyuman dan ucapan terima kasih kepada kenalan kita yang terdekat sahaja. Kita jarang memberikan senyuman kepada orang 'asing'. Jarang sekali kita berterima kasih kepada pengutip sampah, penjaga trafik, pengawal keselamatan dan seumpanya. Seriously, perkara ini yang selalu aku fikir ketika on the way ke tempat kerja. Kadangkala aku nak sahaja ucapakan terima kasih kepada penjaga trafik yang mengawal trafik dipersimpangan setiawangsa berdekatan pintu belakang Desa Tun Hussin Onn (Mindef).

Ada seorang penjaga trafik yang badannya kecil tetapi punya sifat tanggungjawab yang sangat tinggi. Kerjanya hanya menjaga trafik disekitar KL pada perkiraan aku. Amanah yang dipikulnya dibuat sebaik mungkin. Tidak kira waktu panas ataupun hujan. Dahla pengguna jalan raya di KL mempunyai berbagai-bagai ragam. Memang kerjayanya amat-amat membahayakan diri. Tapi jika tidak kerana dia, tak mungkin aku dan yang lain dapat pergi ke tempat kerja on time dan tidak terpaksa bersesak-sesak sesama sendiri ekoran sikap pentingkan diri sendiri dan ego.

Dipejabat pula ada seorang cleaner yang sentiasa membersihkan pejabat aku, sentiasa memastikan pejabat dalam keadaan bersih dan terurus. Pastikan toilet sentiasa bersih dan harum. Yang ini, dapatlah aku ucapkan terima kasih setiap hari kepadanya. Untuk tunjukkan yang aku hargai sumbangannya walaupun dia hanya seorang cleaner dan itu memang tugasnya. Bukannya apa, setiap pekerja perlu kita hargai tugas dan peranan mereka walaupun itu tugas mereka. 

Apa yang aku perhatikan, dengan hanya senyum dan terima kasih, mereka dapat merasakan yang mereka adalah penting dan sebahagian daripada organisasi. Mereka jadi lebih tekun untuk berkhidmat. And true enough, mereka akan berikan khidmat yang lebih daripada yang dituntut ataupun yang dinyatakan dalam skop kerja mereka. Bila mereka rasa dihargai, mereka lebih bersemangat dan terus tunjukkan komitmen dan mutu kerja yang tinggi secara berterusan.

Cuba bayangkan jika kita semua menghargai mereka disekeliling kita, dengan senyuman dan terima kasih, kita dapat jalinkan hubungan yang lebih akrab dan membuatkan kita seronok bekerja. Stress pun dapat dikurangkan dan kualiti hidup kita dapat ditingkatkan. Cuba bayangkan yang orang-orang sekeliling kita bersedia untuk membantu kita disaat kita memerlukan hanya sebab mereka menghargai rasa penghargaan yang kita berikan kepada mereka dahulu?

We never know when that time will come, until that time arise. We wont regret the good deed that we have done. InsyaAllah. So, seperti bait-bait lirik lagu senyum daripada Malique dan Najwa- Dunia takkan ada penyakit jika semua senyum. (yang pasti penyakit dimaksudkan adalah penyakit 'hati') So, senyum. Big word huh!

No comments:

Post a Comment