Pages

agoda.com INT Lazada MY

1 Perak , 1 Gangsa dan 1 Malaysia

Yup, macam entri yang ada di atas ni. Aku ingin ucapkan jutaan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei dan Ratu terjun negara Pandalela Rinong. Mereka adalah atlet yang bertaraf dunia dari Malaysia. Yang mengharumkan nama negara hingga ke peringkat tertinggi iaitu Olimpik. Tapi disebalik kejayaan mereka, masih terdapat rakyat Malaysia yang berfikiran pendek memperkecilkan usaha dan kejayaan atlet negara ini. Ironinya, dari peringkat ahli politik hingga ke insan biasa ada saja yang memperkecilkan mereka.

Walaupun DLCW hanya meraih pingat perak, kita tetap perlu berterima kasih kepadanya kerana berjaya membawa Jalur Gemilang ke pentas antarabangsa. Walaupun tidak berkumandang Negaraku pada penyampaian hadiah, at least jalur gemilang tetap tersemat didada mereka. Begitu juga Pandalela Rinong, siapa sangka pembawa Jalur Gemilang kita ini berjaya membuktikan bahawa semanga Malaysia Boleh jika diserapkan dalam diri kita, kita boleh melangkah mencipta sejarah. Walaupun sedikit terkilan pingat emas yang diidamkan tidak menjadi kenyataan, tapi at least kita tahu bahawa atlet-atlet kita telah bekerja dan berusaha sepenuh keringat yang mereka ada.

Perjuangan mereka sememangnya memerlukan pengorbanan. Seperti Pandalela Rinong, semenjak umur 9 tahun dilatih dan diasah bakatnya untuk menjadi penerjun terhebat negara. Selepas 10 tahun, pada umur 19 tahun, baru dapat hasil usaha gigih selama ini. Berbaloikah mengabdikan diri selama 10 tahun? Pada aku memang berbaloi, selepas ini jika Pandalela dan keluarga menjadi kaya raya pun aku tak cemburu, memang itulah ganjaran yang sepatutnya diberikan. Pencapaian mereka perlu dihargai dan disanjung. Menjadi dalam lipatan sejarah Malaysia nama-nama mereka.

Diharapkan ahli politik dan budak bernama Johari Pain tu ubahlah perangai. Jadilah insan yang lebih patriotik dan bukannya short minded thinking hanya untuk meraih publisiti dan politic mileage. Kepada yang tak sempat tengok apa yang mereka berdua ini post pada laman-laman sosial mereka, boleh skrol ke bawah:
I just hope in the future, xde lagi macam ni

Tak pasal-pasal jadi bahan seumur hidup.

Walaubagaimanapun, mereka ini berhak dimaafkan. Buat apa kita nak bermusuhan dan menjadikan Malaysia yang aman ini tegang dalam suasana yang tidak tenteram. Lebih baik tenaga yang ada tu kita salurkan ke arah memikirkan bagaimana nak memajukan Malaysia ini. Dengan semangat kesukanan ini, barulah kita benar-benar merasai semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan selama ini. Jika tidak ditafsirkan dalam kata-kata, kita sebagai rakyat Malaysia pun akan sendiri maklum, jika ia melibatkan sukan, semangat kekitaan sesama kita akan menjadi lebih erat dan kuat. Mengapa semangat ini tidak dapat dirasai sangat dalam politik dan ekonomi ek? But, at least, 1 Perak, 1 Gangsa dan 1 Malaysia tetap pencapaian yang sepatutnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!!!

p/s : Respek padaADUN  Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang tetap congratulate Pandalela Rinong bila dapat gangsa. Rujuk NST Sabtu 11/8/12. Macam ni la ADUN yang kita cari, tidak mempolitikkan sukan. Cayalah!

No comments:

Post a Comment