Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bank Mana Yang Boleh Bagi Loan Senang?

Jangan tertipu dengan tajuk di atas, itu hanyalah untuk menarik mereka yang ingin tahu dimana dan bank mana yang menawarkan loan peribadi yang senang untuk diproses dan diluluskan. Dalam proses untuk memohon loan untuk pembiayaan harta seperti rumah mahupun peribadi, anda seharusnya tahu akan kelayakan semasa anda sebelum pihak bank dengan buta-buta je menolak permohonan anda.
Credit : SINI
Aku pun mengalami masalah yang sama, sekarang ni sedang berusaha untuk memohon loan peribadi untuk finance rumah flat putra damai di Presint 11, Putrajaya yang bakal aku duduki bersama keluarga tercinta. Disebabkan peluang untuk membeli di Putrajaya amat terhad, aku menjangkakan yang tawaran daripada owner flat tersebut adalah sesuatu yang tidak mampu aku tolak. Masalahnya dimana dan bank mana menawarkan pinjaman peribadi kepada anggota tentera?. Sebagai seorang anggota tentera memang benar agak sukar untuk membuat pinjaman peribadi dengan bank-bank yang ada di Malaysia. Mengapa? Jangan tanya aku atau UGAT, tanyalah mereka-mereka yang telah mempergunakan peluang menipu bank-bank, koperasi tentera dan along-along ketika kenaikan gaji yang ketara untuk kakitangan kerajaan sekitar tahun 2007.

Oleh sebab malaun-malaun ni yang mengeksploitasikan peluang yang ada untuk membuat pinjaman, maka bank-bank di Malaysia telah diarahkan untuk memperketatkan urusan pinjaman peribadi untuk anggota tentera. Aku amat sedih sekali sebab tak semua anggota tentera yang suka mengambil kesempatan dan joli kesemua duit yang diperoleh ke jalan yang tiada faedah. Ada je anggota tentera di luar sana yang ingin memohon dan membuat pelaburan semula yang mana ada janaan pendapatan sampingan daripada loan tersebut.

Tempias ini memang terkena kat aku ketika ini yang agak sukar untuk dapatkan pinjaman peribadi untuk langsaikan baki RM 143k kepada tuan rumah. Menapak la aku ke Bank Rakyat, MBSB untuk tanyakan kelayakkan aku untuk buat pinjaman peribadi dengan mereka, jawapan mereka dengan sinis ; 'Maaf En, anggota tentera tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman peribadi'. Dalam hati aku, buang masa aku je menapak ke pejabat diorang dan akhirnya gagal dapatkan pinjaman walaupun dah dekat berjam menunggu giliran.

Tu waktu time cuti raya tempoh hari, sekarang ni sudah bekerja semula, takkan nak ponteng untuk setelkan isu pemilikan harta ni. Terpaksalah aku melakukan perkara dibawah sebelum fokus tepat kepada bank yang boleh memberikan aku pinjaman:

  • Browse setiap website bank yang ada di Malaysia yang menawarkan pinjaman peribadi.
  • Rajin-rajinkan diri untuk call mereka dan bertanyakan kelayakan anda sebelum pergi berjumpa dengan wakil mereka. Aku biasanya buat ni malam-malam. Ada bank yang beroperasi 24 jam untuk melayan pertanyaan anda.
  • Setelah kenalpasti target bank anda, sediakan dokumen yang diperlukan dan terus buat appointment keesokkan harinya.
Seperti aku, hanya Bank Islam yang pada aku menawarkan produk pembiayaan peribadi yang menarik, kompetetif dan tak banyak songeh macam bank konvensional yang lain. Interest pinjaman yang rendah berbanding yang lain dan jumlah masa  pembayaran balik yang lama iaitu selama 15 tahun.

Interest Maybank pada aku amat tidak reasonable daripada 9 - 11% setahun dengan tempoh maksimum bayar balik hanya selama 6 tahun. Mana mampu aku nak bayar balik pinjaman tu dalam tempoh yang singkat. Rabak slip gaji aku nanti. MBSB dan Bank Rakyat pula hanya dibuka kepada rakyat Malaysia yang bekerja selain tentera. So, aku bernasib baik kerana kedua-dua koperasi tentera dan Bank Islam boleh membiayai keperluan pinjaman aku tu. Cumanya aku ingin tahu kenapa Bank Islam hanya berikan kebenaran ini hanya kepada pegawai tentera. Mungkin mereka tidak mahu mengambil risiko dengan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) kerana tak percaya mereka mampu membayarnya semula. Itu pada aku tanggapan yang lemah, bukan semuanya begitu, seeloknya, setiap permohonan hendaklah diteliti dan dianalisa secara terperinci sebelum memberi kata putus YA dan TIDAK.

Kasihanilah mereka yang memerlukan pinjaman untuk memenuhi keperluan diri. Pada yang pernah ambil kesempatan tu, pada aku adalah mereka yang suka mementingkan diri sendiri. Disebabkan mereka, ramai lagi yang sengsara nak buat pinjaman. Diharapkan ada perubahan di masa akan datang.

p/s : Esok nak ke UGAT tukar gaji dari Maybank ke Bank Islam. Maybank tak memahami langsung. Jika ada yang ingin memohon sila layari laman INI

7 comments:

  1. Bersyukur la sbb bro dapat pinjaman dgn jangkamasa 15 thn.. kami yg swasta nih langsung tak dpt merasa pinjaman 15 tahun. Paling panjang 5-6 tahun... jadi bersyukur lah... selamat hari raya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. itula. bersyukur sebab diberi kemudahan tersebut. serius saya juga xmampu jika tempoh nya 5 6 tahun

      Delete
  2. Tak sangka yang bank tak berikan pinjaman peribadi kepada anggota tentera. Saya bersimpati dengan saudara. Cuba try MBSB atau pun syarikat insurance untuk pinjaman. Mereka tidak terikat secara langsung dengan Bank Negara di bawah BAFIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MBSB dan Bank Rakyat tak boleh. Bank Islam dan Koperasi Tentera ada diberi. Cuma macam saya ckp, tak semua golongan diberi kemudahan tu

      Delete
  3. Bro..Beli rumah dengan pinjaman peribadi..Ishhh tinggi interestnya...Guna home loan laaa.HSBC ok. reducing balance..Kalau info dalam internet even perancangan kewangan peribadi memang tak galakkan pinjaman peribadi untuk rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedar pasal hal ni. Tapi ada sebab mengapa buat pinjaman peribadi. Nanti saya uraikan.

      Delete
  4. nk tnya...bape lama proses prmohonan?

    ReplyDelete