Pages

agoda.com INT Lazada MY

Berita Gembira Untuk Anggota Tentera dan Polis

Kad Privilege 1 Malaysia
Sudah tahu berkenaan dengan inisiatif terbaru kerajaan dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan anggota tentera dan polis? Yup, kerajaan telah memperkenalkan kad 1MPrivilege yang dapat memberikan pemiliknya diskaun antara 5% hingga 25%. Banyak tu. Inisiatif ini adalah lanjutan daripada program National Blue Ocean Strategy (NBOS) ke 6. Khusus untuk mengiktiraf pengorbanan 2 organisasi keselamatan negara ini. Pada saper yang tak faham pasal Blue Ocean Strategy boleh refer SINI.
Fasa-fasa yang terlibat

Kepada yang bukan tentera dan polis, anda akan dapat menikmati diskaun ini selepas fasa pertama berjaya dilaksanakan. Seterusnya, diskaun akan dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Satu langkah yang bijak sebenarnya. Cuma perlaksanaannya macam mana nanti kita tunggu dan lihat.
Antara Merchant yang mengambil bahagian
Buat masa ini, sebagai anggota tentera, aku belum dapat lagi kad ini. Alangkah baiknya dapat menggunakan kad diskaun ini waktu musim perayaan yang bakal menjelang tiba ini. Dapatlah berjimat dan simpan baki bonus yang dapat tempoh hari. Apa-apapun, aku ucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif yang bakal meningkatkan kualiti hidup anggota keselamatan, penjawat awam dan rakyat Malaysia.

Anda boleh layari laman web INI untuk lihat senarai syarikat yang mengambil bahagian. 

p/s: Mode: Tak sabar nak dapat kad ni. 


4 comments:

  1. tahniah untuk Anggota Tentera dan Polis, banyak penjimatan boleh buat dgn guna privilage kad ni.

    ReplyDelete
  2. bila akan dapat kad ni ... any new ???? dan cara dapat kan ?

    ReplyDelete