Pages

agoda.com INT Lazada MY

(Kenangan) Cita-cita Saya Bila Dewasa Nanti


Tajuk Karangan : CITA-CITA SAYA BILA DEWASA NANTI
Oleh : Mohamad Halif bin Mohamad Yusof
Kelas : 4 Dahlia, Sekolah Kebangsaan Sg. Buloh
Nama Cikgu Kelas : Cikgu Ismail yang hensem

Setiap orang ada cita-cita tersendiri. Begitu juga saya. Saya terpaksa memikirkan untuk menjadi seseorang di masa depan disebabkan oleh kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu Ismail ini. Sebenarnya apa itu cita-cita? Saya tak faham sebenarnya. Kenapa kanak-kanak seperti saya dibebani dengan persoalan-persoalan yang beratkan kepala macam ini. Disebabkan Cikgu Ismail kata akan rotan tangan murid yang tidak siapkan karangan ini, maka saya terpaksa tanya kakak saya yang berada di kelas 5 Anggerik. Saya kelas no. 4 (Dahlia), kakak saya duduk kelas no. 1 (Anggerik), mesti dia tahu cita-cita tu apa. Baik saya tanya dia je la, takpun saya tulis cita-cita dia dan jadikan cita-cita dia saya punya. Pandaikan saya.

 Cikgu Ismail dalam kenangan. Thanks a lot cikgu
!
Setelah bergaduh dengan kakak yang taknak saya gunakan cita-cita dia untuk saya, saya terpaksa memikirkan cita-cita saya sendiri. Nasib saya sudah faham sket-sket makna cita-cita tu. Ada 3 cita-cita yang saya hendak jadi bila dewasa nanti. Yang pertama, saya ingin jadi tentera. Saya suka dengan pakaian uniform mereka. Mereka pun ada gaya bila berkawat. Tapi saya ingin jadi tentera yang bawa kapal terbang tu. Saya pilih ini sebab ayah saya suka kejutkan saya dari tidor dalam kereta dan suruh saya tengok kapal terbang, helikopter dan kenderaan tentera lain di Kem Sungai Besi sewaktu kami semua nak balik kampung di Melaka. Begitu teruja jika saya dapat bawa kapal terbang yang sangat laju tu, saya boleh bom tempat yang saya tak suka seperti sekolah saya.

Cita-cita kedua saya ialah ingin menjadi polis. Setiap hari akan ada polis buat sekatan jalan. Selalu saya lambat sebab polis tu. Tahulah saya duduk dekat dengan Kem Paya Jaras, tapi janganlah asyik nak sekat kami budak sekolah. Saya dengar cerita, mereka buat sekatan sebab nak tangkap pencuri. Mulia sungguh pekerjaan mereka. Mereka pun pakai uniform. Saya suka. Mereka ada gaya. Saya suka. Setiap hari akan tengok berita pasal polis di berita di televisyen. Cerita drama pasal polis yang paling saya suka adalah Police Academy. Kisah polis yang sangat melucukan dan sengal.

Yang ketiga dan terakhir adalah cikgu. Dah tentu saya kena pilih cita-cita ini sebab saya takut Cikgu Ismail marah. Bagi saya, saya suka gaya Cikgu Ismail, sudahlah hensem, bergaya lagi. Setiap hari pergi sekolah bawak motor Yamaha RX-Z. Sungguh stylo saya rasa cikgu kelas saya ini. Mesti ramai cikgu-cikgu perempuan berebut-rebut nak bersuamikan Cikgu Ismail. Walaupun Cikgu Ismail sangat garang, sebenarnya dia sangat lembut. Tapi lembut yang bertempatla. Bukan lembut yang macam otak korang fikirkan sekarang. Jadi cikgu boleh ajar murid-murid jadi manusia berguna. Seperti saya, walaupun saya nakal, saya tahu dengan didikan cikgu di sekolah, saya mesti akan jadi insan berguna suatu hari nanti. Mulia sungguh jadi cikgu. Mesti banyak pahalakan?

Kesimpulannya, saya sukakan cita-cita yang ada gaya. Inilah cita-cita saya. Terima kasih

12 comments:

  1. http://peaceder.blogspot.com/.. nice ur blog.. follow me back

    ReplyDelete
  2. lihat gambarnya jadi ingat masa sekolah dulu...semoga berjaya bro

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ini je yang termampu aku reka.. hehehe

      Delete
  4. nice. wakakaka.comel jek dia senyum :)

    ReplyDelete
  5. bila tengok gambar lama2 masa sekolah dulu, mmg boleh gelak terbahak-bahak dibuatnya. hehehehe

    ReplyDelete
  6. gambar noltalgia zaman sekolah. good luck untuk contest anjuran bro AE dan singing bloger.

    ReplyDelete