Pages

agoda.com INT Lazada MY

Dunia Dewasa Dunia Hutang

Pernah tak dengar bebelan rakan-rakan anda atau orang disekeliling anda yang mengatakan dunia dewasa adalah dunia yang penuh dengan hutang. Jika anda mampu mengawalnya maka anda boleh peroleh keuntungan dan kebaikan daripadanya. Pada aku, ungkapan tu memang ada kebenarannya.

Tak pernah terlintas dibenak fikiran aku yang aku akan dikelilingi oleh hutang hanya semata-mata nak meneruskan hidup. Waktu kecil kita memang takkan rasa perasaan dibebani hutang dan yang seantara dengannya. Kita hanya tahu bebanan tanggungjawab score seberapa banyak A's dalam setiap peperiksaan. Realiti alam kanak-kanak sampai remaja hanya berkisarkan hal nak dapat no. 1 dalam kelas, cobaan untuk jadi pelajar terbaik dalam kelas dan sekolah, jadi pelajar yang hebat jasmani dan ada juga yang cuba jadi samseng dan penyangak sekolah.

Ketika itu, baik yang nak jadi samseng dan nak jadi nerd tidak dibebani dengan realiti kehidupan dewasa yang penuh dengan hutang kerana sentiasa dilindungi oleh ibu dan ayah. Masalah akan mula timbul bila ibu dan ayah tidak mampu untuk menampung perbelanjaan harian, maka anak-anak akan mencuba untuk menolong mereka dengan harapan dapat meringankan beban mereka. Tapi berapa banyak yang mula seronok dan kemaruk bilamana dapat memegang sejumlah wang yang bagi mereka sangat hebat berbanding rakan-rakan yang masih diberikan wang saku ke sekolah.

Itu adalah perasaan hebat yang sementara. Dunia sebenar bermula bila tuntutan-tuntutan asas memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Jika ada sesiapa yang mengetahui Marslow's teori, keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan amatlah perlu untuk perlu untuk menjamin perkembangan sosio-behaviour seseorang individu itu.

Sekiranya tuntutan tersebut belum dipenuhi, besar kemungkinan perangai dan sikap mereka ini lebih sukar hendak dibendung kerana belum lagi stable. Rata-rata rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kenderaan walaupun hanya motor, makanan pun senang didapati tetapi keperluan yang satu ini kadang-kadang amat sukar untuk diperolehi iaitu rumah.

Rumah di Malaysia sangat tinggi harganya. Jika inginkan kawasan yang strategik lagila melambung harganya sehinggakan ramai yang tidak mampu untuk membelinya. Aku juga tidak terkecuali. Terasa tempiasnya. Mujurlah bekerja dengan kerajaan ada keistimewaannya yang tersendiri. Tapi bagaimana dengan mereka yang bekerja sendiri atau swasta. Sukar untuk hidup di KL sekiranya gaji tiap-tiap bulan hanya cukup-cukup makan. Kadar sewa yang melambung dan tekanan yang sentiasa tinggi menyukarkan setiap insan di KL ini untuk hidup selesa dan mampu untuk bertindak mengikut batas-batas norma.

Walaupun begitu, hutang adalah perkara yang pada aku subjektif. Ianya kadangkala baik tetapi kadangkala sangat buruk. Terpulang kepada anda untuk menentukannya. Jika anda berhutang untuk kebaikan pada masa datang seperti menyimpan di ASB, menabung or memiliki insuran maka hutang tersebut bolehla dianggap berbaloi. Jangan kita suka berhutang yang tiada hasilnya. Realiti hidup sebagai orang dewasa adalah realiti bagaimana kita uruskan hutang-hutang kita. Selamat menguruskan hutang-hutang anda. 

p/s: Nak berhutang lagi ni dengan Bank Islam sebab nak finance rumah di Putrajaya. Hopefully dapat. 

No comments:

Post a Comment