Pages

agoda.com INT Lazada MY

Peluang Memiliki Lot Tanah Banglow Harga Murah!

Salam untuk semua. Aku just nak kongsi berita ini, sekiranya anda ingin memiliki tanah lot sebuah banglow di Melaka bolehlah memohon kepada Yayasan Melaka yang menawarkan harga serendah RM7/sekaki persegi. Alhamdulillah, geran tanah aku dan akak telahpun dimiliki. Untuk makluman, kerajaan negeri Melaka sedang membangunkan tapak-tapak tanah tersebut selari misi mereka ke arah status negeri maju dan  makmur.

Untuk makluman, sekiranya anda telah memohon, proses temuduga mungkin akan dilakukan oleh pihak Yayasan Melaka untuk meneliti maklumat pembeli. Macam aku dulu pun kena lalui proses ini. Walaupun aku bukan anak negeri Melaka, tapi atas sebab ibu aku anak kelahiran negeri Melaka, maka mereka galakkan pembelian tanah tersebut. Seperti aku, setelah 2 tahun menunggu proses mendapatkan geran, aku  masih tidak melakukan apa-apa pada tanah tersebut. Biarkan saja sehingga harganya meningkat. Ketika itu harganya RM5/sekaki persegi. Baru jual atau buat rumah. Tapi mungkin tidak sebabnya aku dan wife merancang untuk memiliki sebuah rumah di Putrajaya. Hmm, mahal ek?? 

So, ini dia maklumat mengenai tawaran ini. Bagi  mereka yang bukan orang Melaka pun boleh memohon. Memang dialu-alukan.


Semoga bertambah aset keluarga anda. :) Muat turun borang permohonan klik SINI

No comments:

Post a Comment