Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pharmacist's Fees : Anda setuju?

Baru-baru ini ada perkembangan terbaru berkenaan profession Farmasis di Malaysia. Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan Farmasi Outlet (Retail) mengenakan caj RM 5 kepada pelanggan yang memerlukan khidmat dan nasihat professional Farmasis.
Satu cadangan yang baik daripada MPS



Apa pendapat korang?
FOMCA's concern

Pada aku, langkah ini sudah sampai masanya untuk diimplemenkan sepenuhnya kerana:-

1. Ianya sebagai pengiktirafan kepada professionalisme Farmasis tersebut seperti mana kita bayar caj guaman, caj pengangkat sumpah dan sebagainya. Farmasis merupakan seorang professional yang tugasnya memantau penjagaan farmaseutikal pada diri pesakit/pelanggan dan bukannya hanya sebagai penjaga stor (walaupun tugas inventori merupakan sebahagian daripada tugas Farmasis). Pengiktirafan sebegini telah lama diberikan kepada Farmasis di UK dan negara maju lain.

2.  Caj yang dikenakan bukan untuk setiap lawatan tetapi setiap nasihat dan panduan untuk ubat-ubat tertentu sahaja. Ubat-ubat seperti Panadol dan yang biasanya ada di kaunter (Over the counter) tidak akan dikenakan caj ini. So, janganla bimbang jika harga satu strip panadol RM 8 tapi diakhirnya anda kena bayar RM 13 tambahan RM 5 untuk nasihat. Hanya untuk  ubat-ubat yang memerlukan khidmat dan panduan terperinci sahaja akan dikenakan caj ini.

3. Banyak kes berlaku dimana, pelanggan berjumpa Farmasis di satu tempat dan mendapat khidmat nasihat yang terperinci tetapi membeli ubat dari kedai farmasi yang lain kerana adanya diskaun atau promosi. Sedangkan pelanggan sendiri tahu bahawa Farmasis yang pertama dia jumpa adalah lebih baik penerangannya daripada Farmasis di kedai yang dia beli. So, caj ini adalah untuk keadilan dan usaha Farmasis yang pertama tadi juga.
Farmasis seharusnya diiktiraf selayaknya

4. Caj RM 5 ini adalah flat rate tidak seperti kedai-kedai makanan segera yang lain. Caj 6% dikenakan pada jumlah makanan. Lagi banyak dan mahal makanan tersebut, lagi tinggi caj perkhidmatannya. (Ini dari apa yang aku faham la)

5. Dengan adanya caj ini, akreditasi terhadap Farmasi dan Farmasis akan dikenakan dan ini akan menjamin kualiti dan khidmat nasihat yang diberikan. 

Akan ada yang kata pendapat ini berat sebelah kerana aku seorang Farmasis tapi terpulang kepada anda untuk memikirkannya. Ianya masih diperingkat idea dan masih belum dibawa ke parlimen. Sebagai pelanggan, isu yang dibawa oleh FOMCA juga menarik minat aku. Memang concern yang mereka bawa ada benarnya. Sebagai contoh:

1. Farmasis hendaklah sentiasa ada di Farmasi tempat dia bekerja.
2. Harga ubat-ubatan hendaklah dikawal.

Diakui, masalah utama jika kita pergi ke kedai Farmasi ialah, Farmasis tiada untuk memberikan khidmat konsultasi. Perkara ini juga terjadi pada aku. Tapi tidak mengapa, aku sendiri tahu jawapan yang aku ingin tanya. Just hendakkan second opinion. Cumanya still aku tak dapat beli ubat yang memerlukan kehadiran Farmasis untuk memberikannya. 

Diharapkan agar langkah ini dapat menyenangkan kedua-dua belah pihak. Baik kepada Farmasis dan kepada pengguna. Pengguna berhak demand informasi yang tepat daripada Farmasis jika caj sebegini dikenakan. InsyaAllah profession Farmasis di Malaysia akan terus berkembang dan dapat mengejar standard seperti negara maju. 

Berikan pendapat anda?

p/s : 1. Bagaimana pula khidmat nasihat hartanah, tips-tips pelaburan emas dan lain-lain yang dijadikan e-book dan ada harga ke atasnya? Sama sahaja isunya.
2. Aku tak dapat pon caj ni sebab masih dalam gomen. Tapi happy for the rest yang di community pharmacy.

No comments:

Post a Comment