Pages

agoda.com INT Lazada MY

Puduraya - Revisit

Sesak sungguh manusia di Puduraya. Ingatkan dah bertambah moden jadi lebih selesa. Yup. Memang selesa suasananya tapi kepadatan manusia menggunakan perkhidmatan bas disini memang tidak pernah putus. Akan ada yang menggantikan mereka yang dahulunya pun menggunakan perkhidmatan bas di sini.

Macam aku, telah terbiasa dengan suasana di sini sepanjang bergelar student 10 tahun dulu. Memang popular di kalangan student yang ingin menghabiskan masa cuti di kampung. Well, aku suka mengenang kembali nostalgia sebagai student yg bagi aku amat indah dan jarang serta tidak semua dapati. Waktu tu barula kita mengenal dunia ni lebih luas berbanding hanya belajar sahaja. Selepas berkahwin dan makin dewasa, pendapat dan pandangan pada sesuatu isu mula semakin luas, dengan pelbagai ujian dan cabaran yang tidak mudah ditangani. Dan semua ini membuatkan seseorang jadi matang. 

Mula bertemu dengan pelbagai ragam dan karater manusia yang berbeza yang berusaha mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga dan diri sendiri. Itula erti survival dalam dunia ini. Di KL especially di Puduraya adalah permulaan hidup seseorang insan samaada dia gagal mahupun berjaya. Semoga kita semua sentiasa dibantu olehNYA.

No comments:

Post a Comment