Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bahana pindah rumah

Keadaan macam tongkak pecah
Hmm..aku tak tahu nak mula dengan apa. Penat membungkus barang, mengangkat dan seterusnya unpack semula memang memenatkan. Lebih-lebih lagi bila isteri tengah mengandung anak kedua.
Terpaksala suruh dia jangan buat kerja yang berat-berat. Nak pindahkan barang dari rumah bersaiz Semi-D ke rumah bersaiz Pangsapuri memang mencabar akal dan minda bak kata Najwa Latif dalam lirik lagu 'Kosong'. 

Terima kasih Kotra Pharma sebab bagi kotak.
Selari dengan lirik lagu kegemaran aku, aku pun terpaksa mengosongkan rumah Semi-D yang diperuntukkan kepada kami ketika menetap di Kuarters Hospital Seri Manjung. Banyak perabot yang tak dapat nak dibawa bersama sebab rumah yang diduduki kini jauh lebih kecil yang hanya perlukan barang yang benar-benar penting dan perlu sahaja. Jika boleh adjust ruang, selagi itu akan dibuat.

Natijahnya, perabot seperti katil bersaiz queen, rak kabinet, sofa dan sebagainya terpaksa ditinggalkan di rumah baru yang tak sempat kami duduki di Seri Manjung. Nak buat macam mana, khidmat diutamakan. Kerja didahulukan, tempat tinggal di kemudiankan. hehe. Terpaksa isteri beralih tempat kerja daripada memeriksa dan merawat pesakit kepada duduk di pejabat membuat polisi-polisi yang saling tak tumpah kerja seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tanda nama yang menjadi kenangan di tempat lama

Memang suasana baru yang mencabar bagi isteri. Biasalah, belum dapat biasakan diri dengan suasana baru. Overall, kami memang puas hati tinggal di Putrajaya. Kemudahannya pelbagai dan menyenangkan. Keadaan kejiranan yang baik dan selamat bagi aku. Di tambah lagi surau yang hanya terletak di bawah rumah aku. Bolehlah tambahkan pelaburan aku di dunia ini untuk dibawa ke alam sana. InsyaAllah. Kadang-kadang kita terlupa kerana asyik mengejar duniawi. Masa 24 jam bagaikan tidak pernah cukup. Tapi itulah keadilan yang Allah s.w.t hendak kita sedar. Walau sekaya mana kita, walau sepandai manapun kita, walau semewah mana kita, masa setiap manusia tidak akan bertambah. Tetap 24 jam. Cuma kita boleh maximise kan masa yang berkualiti dalam hidup kita. Itu sahaja.

6 comments:

  1. ye la..ada kalanya seronok bertukar ke tempat baru..

    tapi ada kalanya kurang seronok jgak bila teringat je kt tempat lama..

    huhu..~

    ReplyDelete
  2. selamat berpindah kerumah baru kapten. urusan pindah rumah memang sangat memenatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu tak hilang penat angkut barang

      Delete
  3. Kalau dari rumah besar pindah ke rumah kecil, memang jadi masalah nak bawak barang yg banyakkan. Dah biasa pulak duduk rumah bawah, lepas tu kena duduk rumah atas memang terasa lain je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula cabarannya.tapi xmengapa.alah bisa tegal biasa

      Delete