Pages

agoda.com INT Lazada MY

Berhati-hati dengan ubat-ubatan anda

So, kena hati-hatila ye..
Sekarang ni dah jadi trend pulak ubat-ubat tiruan dijual di kedai-kedai farmasi, ubat dan juga internet. Ramai yang tidak sedar bahawa banyak ubat di pasaran terutamanya yang dijual di tepi jalan, toko-toko ubat dan internet.
Perlu berhati-hati semasa membeli ubat-ubatan anda. Bukannya apa, anda dah bayar harga ubat yang mahal. Mestilah nak pastikan bahawa ubat yang dibeli itu berkesan seperti yang diharapkan. Ubat tiruan ini berbeza dengan ubat generik. Dua perbezaan yang sangat besar dan tidak sama sekali.
Satu pesanan kepada anda yang ingin membeli ubat di kedai farmasi. Cuba tanya pada pharmacist tersebut tentang alat pengesan kesahihan sesuatu produk yang dinamakan MediTag. Jika mereka ada, anda boleh semak logo dan kesahihan produk yang anda beli. Jangan jadi mangsa penjenayah drug trafficker and counterfiet. Hati-hati.

1 comment:

  1. Betul tu, bukan saja ubat-ubatan tak boleh beli tepi jalan atau pasar malam, kanta sesentuh pun tak boleh beli jugak. Bahaya.

    ReplyDelete