Pages

agoda.com INT Lazada MY

Berlepas ke Den Pasar, Bali


Hari ni hingga Ahad ada urusan di Bali. Terlibat dengan convention FAPA ( Federation of Asian Pharmaceutical Association). Tujuan utama adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang perkembangan ilmu farmasi yang sentiasa dinamik terutamanya di Asian. Networking adalah alasan kedua terutamanya jika aku ingin ceburkan diri dalam business retail yang akupun xpasti bila aku akan mulakan. Sebabnya aku memilih untuk bekerja sampai pencen iaitu sehingga 2041. Yup, sampai 2041!. Lama tu. Tapi aku minat dengan kerja aku sekarang sebab ianya bukan pilihan aku. Tuhan yang tentukan sebegitu. Aku hanya menurut sahaja. Sebab cita-cita utama aku adalah untuk jadi seorang jurutera. Sesungguhnya takdir tuhan lebih sempurna daripada perancangan manusia.

Berada di Bali ni aku harap dapat mendapat manfaat daripadanya. Lebih2 lagi ianya adalah anjuran bersama Malaysian Pharmaceutical Society yang mana aku salah seorang ahli seumur hidupnya. Mungkin dapat bertukar-tukar buah fikiran dengan Farmasis dari negara lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Japan, China dan lain-lain. Tempoh hari sempatlah bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan Military Pharmacist dari Jerman sewaktu Malaysia menganjurkan World Military Medicine Congress di KLCC Concention Centre. Itu dalam aspek pengurusan lojistik ketenteraan. Kali ni lebih kepada halatuju dan perkhidmatan farmasi yang juga relevan untuk aku tahu dan update.

Biasalahkan, bila ada orang pergi Bali je mesti korang akan fikir pergi makan angin. Memang ada benarnya juga. Sambil menyelam minum air katakan. Tapi jadual untuk kongres ini sangat padat. Entah sempat ke tidak nak melawat kawasan pelancongan yang popular disini. Aku tak kisah pun sebenarnya sebab pada aku, aku sudah cukup puas kalau dapat duduk di rumah tonton bola sepak. Tapi sebabkan tugas aku dah macam ni. Hadap jerla. Itula antara kelebihan jika anda seorang Farmasis. Sentiasa akan ada seminar dan konvensyen yang perlu anda hadiri. Dan jika anda hadiri, anda akan dapat 'point' untuk dicukupkan agar dapat renew lesen amalan farmasi anda.

Aku akan updatekan entri tentang convention ini akan datang juga sedikit sneak peak apa yang ada di Bali ni. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment