Pages

agoda.com INT Lazada MY

Makan malam beradat bersama DYMM SPB Yang Dipertuan Agong

Pada malam 28/9/12 yang lalu telah berlangsungnya majlis makan malam beradat sempena meraikan hari ulang tahun ATM kali yang ke 79. Majlis yang diadakan di Hotel Royal Chulan, KL meriah dengan kehadiran VVIP dan para pegawai tentera daripada 3 perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara. 

Acara yang penuh adat istiadat dan etika ini berlangsung sempurna dengan keberangkatan DYMM SPB YDA ke majlis tersebut. Ini adalah salah satu sebab aku menganggotai tentera. Ingin belajar cara dan etika di majlis rasmi hatta hanya untuk makan.

Set Menu kedua
Menu yang disajikan juga menyelerakan. Terasa macam menguji makanan persis Gordon Ramsy menguji makanan masakan peserta Masterchef US. Hehe..Semoga ATM kekal kukuh menjadi organisasi yang dinamik, relevan dan disegani kawan serta lawan. Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 79!



No comments:

Post a Comment