Pages

agoda.com INT Lazada MY

Sambutan Hari Kemerdekaan di Bukit Jalil


Ramai yang habiskan masa hujung minggu lepas celebrate independence day untuk Malaysia, ramai jugak yang join demonstrasi Janji Demokrasi yang ntah ape-ape tu sampai ada yang tayang punggung pada pemimpin Malaysia. Tindakan yang tak bermoral langsung pada hemat aku. Jika tak setuju pun dengan cara pemerintahan kerajaan sekarang, gunala saluran yang betul yang disediakan.


Pada aku, makna MERDEKA itu berbeza untuk setiap individu. Ada yang berpendapat bahawa MERDEKA yang sebenar adalah merdeka daripada subsidi, ada yang mengatakan makna MERDEKA adalah kebebasan selepas dijajah oleh penjajah Tanah Melayu. Dan mungkin takrifan MERDEKA berbeza mengikut generasi. Daripada generasi Baby Boomers, X,Y dan Milineum dsb.

Itu adalah hak mereka untuk mentakrif makna merdeka. Hidup di Malaysia yang punya kebebasan bersuara membuatkan rakyat berhak mentakrif makna MERDEKA daripada kaca mata mereka ataupun pengalaman mereka. Ada yang mengatakan golongan BUMIPUTERA sahaja yang terlibat dalam menjadi peneroka FELDA. Betul ke? Sahih ke maklumat tu? Jika Ya, cuba lihat gambar dibawah. Bangsa India pun ada sebenarnya. Juga bangsa-bangsa lain. Kadang-kadang pengalaman hidup yang tidak cukup membuatkan seseorang menakrif keistimewaan 'subsidi' hanya untuk BUMIPUTERA. Tak betul. 



Tak kisahla apa makna MERDEKA bagi korang, pada aku MERDEKA bermaksud keupayaan negara dan rakyat mempertahankan keamanan, kemakmuran dan  kestabilan yang ada. Dengan adanya 3 aspek utama ini, diharapkan agar negara Malaysia yang tercinta dapat dimajukan seiring dengan aspirasi pemimpin dan rakyat. Jangan pula MERDEKA hanya untuk kondem kerajaan dan orang-perseorangan yang lain. Ketidaksamaan pendapat sangat perlu untuk menjana ilmu yang lebih baik. Tetapi biarlah fakta dan maklumat yang dipegang berpandukan sejarah yang tepat.

Dapat invitation tapi tak dapat hadir
Selamat Hari Merdeka Untuk Semua! 

No comments:

Post a Comment