Pages

agoda.com INT Lazada MY

Selamat Hari Malaysia

16 September adalah hari Malaysia. Sesuai dalam mengingati tertubuhnya sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Tiada lagi tanah melayu, tiada lagi Sabah dan Sarawak yang terasing daripada tanah di semenanjung. Malaysia adalah sebuah negara yang aman, makmur serta maju dikalangan negara-negara membangun.
Hidup di Malaysia lebih senang berbanding dengan negara lain didunia. Masyarakat yang berbilang kaum dengan pelbagai kebudayaan, adat resam dan makanan. Sesungguhnya kita patut bersyukur kerana dapat menikmati kemakmuran yang ada di Malaysia. Tapi ada dikalangan kita yang suka membuat 'kacau' sehinggakan tiada lagi sifat hormat menghormati, tidak sensitif dan buta sejarah. Tidakkah kita bersetuju untuk hidup di negara ini bersama-sama sambil menghormati kontrak sosial yang telah difahami. Tidak perlu untuk mempertikaikannya lagi. Siapa yang rajin di Malaysia maka dialah yang berjaya. Masyarakat Melayu memiliki tongkat sakti daripada pemerintah, maka gunakanlah tongkat itu sebaik mungkin. Jika kita masyarakat Melayu merasakan tidak perlu diberi tongkat atau bantuan, tak usahlah mencaci maki seolah-olah tongkat sakti inilah penyebab masyarakat Melayu malas dan tidak progressif. Kita perlu sedar bahawa jika dengan tongkat pun kuasa ekonomi masih dimiliki kaum yang lebih rajin. Maka apa akan jadi jika tongkat dan payung sakti ini tiada lagi.


Oh ya, mungkin anda akan katakan jika tidak dicuba (ditarik) tongkat sakti ini, kita tidak tahu akan kemampuan masyarakat Melayu. Adakah kita terlalu pentingkan diri sendiri bila kita sudah berjaya dan sudah faham makna bagaimana untuk hidup?. Jika ada yang berjaya, tahniah diucapkan. Tapi yang belum berjaya bagaimana?. Anak-anak dari generasi akan datang tidak akan tahu nasib mereka lagi..Fikirkanlah...

Sepatutnya kita patut besyukur dengan bantuan yang diberikan. Dan jika kita ingin berjaya seperti kaum yang rajin itu, itu pilihan kita dan sepatutnya kita lakukan dalam suasana yang baik. Bukannya kita mengecam tongkat sakti tersebut yang dianggap sebagai pemungkin atau penyebab masyarakat Melayu menjadi malas. Aku secara peribadi menganggap masyarakat Melayu yang kononnya tidak suka akan kehadiran tongkat ini sebagai pentingkan diri sendiri. Jika di tarik tongkat ini, jurang akan semakin bertambah. Ketika itu pada siapa ingin kita minta tolong? So, janganlah bersikap tidak bersyukur dan get into this blaming game... I'm sick of it.

No comments:

Post a Comment