Pages

agoda.com INT Lazada MY

UiTM Dihatiku

Rasanya dah hampir 6 tahun aku bekerja since graduating from UiTM. Mula menjadi pelajar jurusan farmasi pada tahun 2002. Sebagai pioneer program ijazah farmasi di UiTM. Memang banyak kenangan pahit manis yang aku semat dalam kitab memori aku kemas-kemas. Aku memang sukakan zaman belajar aku. Daripada zaman matrikulasi hinggalah universiti. Kata bijak pandai, tuntutla ilmu hingga ke liang lahad atau tuntutla ilmu hingga ke negeri China. InsyaAllah, tahun hadapan aku akan tingkatkan tahap akademik aku kepada Master pula. Dan besar kemungkinan aku memilih UiTM semula.
Miss this place so much!

Sebenarnya, aku bukannya kisah sangat kursus apa yang aku nak amik atau dimana aku nak belajar. Sebab banyak faktor yang perlu aku fikirkan. Sebab itu aku lebih suka ikut sahaja 'takdir' yang dah tersurat untuk aku di Luh Mahfuz atas sana. Sesekali bila menjengah Shah Alam, memori ketika menjadi penghuni Kolej Cendana Seksyen 6 memang menggamit memori. Memori berjalan kaki ke Masjid Shah Alam untuk solat jumaat, or ke pasar basahnya untuk beli bahan masakan. Masak ke aku dulu? Tipu je, aku ke kedai beli makanan terus.. hehe


Hidup semasa di U memang best. Lagi best bila ada motor. Memang ke sana ke sini dengan motor ayah aku Yamaha Sport 110 yang guna minyak 2T dan mengeluarkan asap tahap asap fogging. Ha ha aha... Kadang-kadang waktu bawa motor dulu suka berangan macam Faizal Husin dalam cerita Gila-gila remaja. Memang layan habis...pusing-pusing di area Shah Alam. Sekarang dah banyak yang berubah, Seksyen 7 belakang pinta masuk UiTM dulu takde apa-apa, sekarang Butik Jakel pun ada!! Siap leh buat diskaun hari konvo lagi...

Pengalaman lepak ngan kawan malam-malam layan bola memang layanzz..time exam pun sanggup layan just nak kurangkan tekanan sebelum exam.. Waktu zaman di U la kita belajar mengenali diri sendiri. Apa potensi, kekuatan dan kelemahan diri. Waktu ini ada yang nak lihat kita jatuh, ada yang suka bantu kita. Apa-apa pun, zaman ini kritikal untuk tentukan apa yang bakal kita hadapi masa depan. Samaada kita berjaya atau gagal..

Yup, setiap orang ada memori masing-masing. Pada aku, jika tidak kerana UiTM, aku tidak akan berjaya seperti sekarang. UiTM Dihatiku...

No comments:

Post a Comment