Pages

agoda.com INT Lazada MY

Apa yang sudah terjadi?

Banyak sebenarnya yang berlaku sebulan kebelakangan ni. Nasibla blog ni takde peminat tegar mcm blogger lain. Ayat sedih. Hohoho.. Masih belum ada kesempatan nak update perkara yang berlaku seperti trip free ke Singapura selama 2 minggu setengah. Bukan sahaja free malah dapat elaun lagi yg jumlahnya 4 angka. Haha..figure yang buat korang terasa mcm nak jeles. Biasala, inilah trick yg blogger popular selalu guna bila mana nak show off income yg diorang dapat drp blog.
That is the thing, another thing is lately ada buat kerjasama dengan pihak JAKIM untuk menambahbaik bagaimana memastikan ubat-ubat farmaseutikal di pasaran dijamin halal. This is  a big issue. Not pig. Yeah, peluang sebegini mmg sukar nak dapat. Dalam kita mengejar harta dunia yang tak pernah akan tamat.  Kerjasama ini adalah investment strategik untuk kebaikan afterlife nanti. Sekiranya adala. Hanya tuhan yang tentukan segalanya. Dalam negara yang aku cinta ini nak menjadi hub halal yang utama. Maka langkah memantapkan MS 2424:2012 ini menjadi titik permulaan dlm memastikan produk farmaseutikal adalah halal. Tidaklah nanti pesakit muslim mendapat rawatan yang menggunakan ubat tidak halal. Sesungguhnya status patuh GMP tidak sama dengan status halal. Tapi yang halal itu sudah semestinya GMP tp belum pasti semua GMP itu halal. Yeah..doakan semoga usaha ini sukses dan kebaikannya dapat dinikmati semua pihak baik muslim atau non muslim.

1 comment:

  1. mudahan semua usaha yg baik begini berjalan lancar dan dipermudahkan

    ReplyDelete