Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bagaimana Menguruskan 'Underperformers'

Bagaimana Menguruskan 'Underperformers':
Benarkah Fernando Torres seorang underperformer??


Salam semua readers yang masih lagi setia menungguartikel terbaru di Untuqsemua.com ini. Terlebih dahulu sengaja hendak beritahuyang penulis agak kepenatan 2 minggu kebelakangan ini. Biasalah, kerja sebagaiKetua Jabatan ini amat membebankan lebih-lebih lagi bila sudah hujung tahun.Laporan prestasi anggota perlu dilengkapkan, mesyuarat sana sini, kerja bertimbun saban hari danpengurusan kewangan yang perlu dibereskan. Itulah penyebab kepada ‘kesunyian’blog ini.

Kali ini penulis ingin menarik perhatian pembacasemua kepada topic yang penulis rasa agak penting dalam menguruskan staf dananggota bawahan. Ianya tidak hanya kepada anggota bukan pegawai, tetapi sesuaiuntuk semua peringkat. Dari Superior ke employee.

Salah satu masalah yang sering dihadapi olehKetua/Pengurus/Penyelia sesebuah organisasi adalah pengurusan staf yang‘underperform’ atau dengan kata lain, staf yang sudah tidak bermotivasi, tahapkerja yang sudah ‘stagnant’ dan mungkin menurun dari tahun-tahun sebelumnya.

Jika pembaca diluar sana merupakan ketua/pengurus mahupunpenyelia, suka diingatkan bahawa artikel ini mungkin dapat membantu anda dalammengurus sumber manusia dibawah jagaan anda. Selamat Membaca!

‘Of all the decisions an executive makes, none are asimportant as those revolving around people, because employees determine theperformance capacity of an organization’
- Lindsey B. Poppe, Pharm. D., M.S., BCPS, ClinicalManager, Department of Pharmacy
University of North Carolina Hospitals

Sukapenulis dahulukan artikel ini dengan quot di atas. Jika anda salami dalam-dalam,memang ada kebenarannya. Lebih-lebih lagi di sektor swasta. Sektor kerajaanjuga boleh implemen sedikit sebanyak cara yang UNCH guna untuk menguruskanpekerja-pekerja yang ’underperform’.
Yes!! I want to believe i can!!

Di Amerika Syarikat, didalampentadbiran pengurusan farmaseutikal, kos mengurus pekerja adalah keduatertinggi selepas kos ubat-ubatan. Sekiranya pekerja-pekerja terbabit’underperform’, kos ini akan meningkat berganda. Ini disebabkan oleh pekerja-pekerjayang malas ini tidak menyumbang kepada keuntungan pengurusan atau organisasisecara lebih optimum. Bayangkan jika anda ada pekerja yang rajin dan tidakmengira soal kerja, keuntungan syarikat anda pasti akan lebih baik daripadasyarikat yang mempunyai pekerja yang malas dan tidak mahu berusaha lebih dalammembantu membangunkan syarikat. Yang dikatakan kos mengurus pekerja’underperform’ lebih tinggi adalah pihak pengurusan terpaksa berbelanja lebihuntuk meningkatkan semula performance pekerja mungkin dengan cara mengadakanseminar, kaunseling, kem motivasi dan etc.

Apa yang ditakrifkan sebagai pekerja yang’underperform’?


            Pekerjayang underperform adalah pekerja yang tidak mencapai tahap mutu kualiti kerjasepertimana yang diharapkan, pekerja yang tidak konsisten dalam memberi servisterbaik dan tidak menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada sewaktu bekerja.

            Kebiasaannya,pekerja seperti ini memiliki sikap yang tidak baik (undesirable behavioralcharacteristic) seperti:

1.                 Antagonis
2.                 Kelakuan yang tidak produktif
3.                 Kurang sikap professional
4.                 Sikap negatif yang lain.

Untuk mencapai tahap mutu,serviskerja yang tinggi, pengurusan terpaksa
berbelanja lebih hanya untuk mengekalkan mutu danprestasi sesuatu jabatan, organisasi mahupun unit.

            Apayang dilakukan oleh pihak UNCH untuk mengelakkan masalah ’underperform’ adalahmelibatkan 4 proses utama. Proses-proses tersebut adalah ketika prosespemilihan pekerja, proses asimilasi pekerja, proses pembetulan dan prosespemecatan.

            Keempat-empatproses ini amat dititikberatkan oleh top manager UNCH supaya dapat membendungmasalah ini seterusnya mengurangkan kos operasi dan pengurusan staf. Ini secaratidak langsung dapat meningkatkan keuntungan syarikat/hospital/pengurusan.

            Marikita lihat apa yang dilakukan oleh mereka?

Sewaktu diproses pemilihan anggota/pekerja baru,pihak UNCH amat memilih agar candidate yang ditemuduga terdiri daripada merekayang benar-benar komited terhadap tugas dan tanggungjawab. Pihak UNCHmenggunakan satu alat (tool) untuk mengenalpasti underperformers. Alat tersebut dinamakan Behavioral-basedinterviewing. Pihak UNCH memperkenalkan moto ‘Hiring for excellence’. Prosestemuduga tersebut amat penting kerana daripada alat tersebut, mereka dapatmengenalpasti keupayaan seseorang pekerja baru. Daripada jawapan yangdiberikan, mereka dapat menilai kelakuan lepas (past actions) seseorang pekerjadan bagaimana kelakuan lepas mereka dapat mempengaruhi tindakan masa depanmereka.

Selepasmelakukan temuduga secara sistematik ini, mereka dapat mengurangkan bilanganpekerja yang telah diterima bekerja tetapi berhenti disebabkan beberapa factortertentu. Olehhal yang demikian, proses memilih dan temuduga dapat dikurangkan dan inimenjimatkan kos pentadbiran.

Seterusnya mari kita lihat proses asimilasi atauprobationary period yang lebih dikenali sebagai ’welcome period’ kepada semuastaf yang diterima untuk bekerja di UNCH. Apa yang mereka lakukan untukmengelakkan underperformers?

            Untukmereka yang berjaya diterima bekerja, proses asimilasi dianggap penting keranaianya menentukan tahap mutu pekerja di masa depan. Mereka melaksanakanorientasi di setiap jabatan dan unit. Ini untuk memperkenalkan staf baru kepadavisi, misi dan objektif sesebuah unit mahupun jabatan. Ianya juga sebagaipeluang staf baru ini bertemu dengan pentadbir, big boss dan juga penyelia.Dengan itu, pekerja diharapkan faham tentang arah tuju organisasi terbabit danbersedia untuk menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan nanti. Proses dianggappenting kerana sekiranya pekerja tidak merasakan faktor  ’self belonging’ di tempat kerja, besarkemungkinan staf baru tersebut akan tidak produktif dan seterusnyaunderperform. Mereka menerangkan segala aspek yang perlu seseorang staf barupatut tahu sehinggakan perihal parking pun mereka cakap.

            Prosesseterusnya adalah ketika proses pembetulan (correcting process). Ketika inipentadbir/penyelia/pengurus telah mengenalpasti underperformers. Ini mungkindisebabkan sudah terlalu lama bekerja mahupun motivasi telah menurun. Untukini, pentadbir akan mengkaji punca perkara ini berlaku. Komunikasi secaraberkesan merupakan jalan untuk mengutarakan masalah ini seterusnyamenyelesaikannya.

Satu approach yang boleh kita pelajari adalahStuder DESK approach:
           
1.                 Describe to the employee what has been observed.
2.                 Evaluate and explain how the managers feels about theobservation.
3.                 Show the employee what needs to be done, and
4.                 Let him or her knowthe consequences of continued underperformance.
Pi cari kerja lain la jawabnya.

Prosesterakhir (proses pemecatan) hanya akan berlaku sekiranya telah diberi 2 atau 3 surat amaran kepadaunderperformers tetapi tiada tindakbalas positif. Seperti Donald Trump cakap: YOU ARE FIRED!!!

Penutupnyaadalah underperformers menyebabkan pengurusan kerugian masa, tenaga danmenyebabkan organisasi tidak mencapai matlamat sebenarnya yang ingin dituju.Mengutarakan masalah underperformance secara berhemah dan teliti dapat membantuorganisasi kembali ke landasan seperti sediakala. Jika tidak boleh, keluarkansahaja pekerja yang bermasalah itu dan tukarkannya dengan pekerja yangmempunyai semangat, motivasi dan dorongan positif yang tinggi. Harap dapatmembantu anda semua. Sekiranya ingin membaca artikel berkenaan, emelkanpertanyaan anda kepada saya ya. Happy managing!!


No comments:

Post a Comment