Pages

agoda.com INT Lazada MY

Betapa pentingkah mengetahui hukum halal dan haram ubat-ubatan bagi anda?

Betapa pentingkah mengetahui hukum halal dan haram ubat-ubatan bagi anda?:
Salam untuk semua. Minta maaf sebab tidak mengemaskini blog ini 2-3 hari yang lepas. Ini adalah disebabkan saya mengikuti Annual General Meeting Malaysia Pharmaceutical Society (MPS) yang berlangsung pada 18-20 Mei di Holiday Villa Resorts and Suite di Subang Jaya. Sememangnya ada ilmu yang akan saya kongsikan kepada pembaca blog ini.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, betapa pentingkah bagi anda mengetahui kesahihan sumber halal dan haram bagi ubat-ubatan yang anda mahupun keluarga anda ambil? Adayang merasakan ianya tidak penting kerana sekiranya anda mengetahuinya, anda mungkin berasa sangat marah dan tidak mahu terjerumus kepada persoalan halal haram ubat tadi. Adayang merasakan ianya penting kerana untuk menjadi mukmin sejati perlulah meneliti sumber makanan yang diambil adalah halal. Ini termasuklah ubat-ubatan.

Pentingkah bagi anda mengetahui halal haram ubat anda?

Sahabat saya, penulis buku HALALKAH UBAT ANDA? telahpun menghantar senaskah buku ini untuk penelitian dan pembacaan saya. Ini adalah kerana amat jarang buku-buku ilmiah dipasaran menceritakan perihal halal dan haram sesuatu ubat-ubatan itu. Setelah membelek isi kandungan buku ini, adalah didapati bahawa buku ini amatlah perlu dimiliki oleh komuniti Islam terutamanya supaya konsep halal dan haram dalam perubatan dapat benar-benar difahami dan dijadikan panduan.

Apa perasaan anda sekiranya seorang doctor muslim datang kepada anda dan memberitahu bahawa ubat yang akan diberikan kepada ayah anda mengandungi unsur-unsur babi? Ataupun, hospital tempat rawatan ayah anda hanya memiliki ubat yang sememangnya ada unsur babi? Anda tentunya berasa keliru, geram, tidak adil mahupun tertekan bukan?. Itulah yang dialami oleh kebanyakkan masyarakat Islam di luar sana. Disebabkan hokum hakam halal haram ini, maka bermulalah tekanan perasaan diantara untuk menyelamatkan nyawa dan tuntutan agama.
Sekadar gambar hiasan

Disinilah pentingnya untuk anda mengetahui sumber halal dan haram sesuatu ubat yang anda ambil itu. Kadang kala gelatin yang anda makan tidak mengandungi unsur babi dan kadang kala ada unsur babi. Oleh sebab itu, saya tekankan sekali lagi disini bahawa buku HALALKAH UBAT ANDA? ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam di luar sana.

Adalah amat menyedihkan sekiranya kita hanya berlumba-lumba mengejar ilmu dunia sedangkan ilmu berkenaan perihal akhirat dipandang sepi dan sebelah mata sahaja. Jika boleh, jangan ada yang mengungkit langsung. Setuju dengan kenyataan saya ini?. Itulah maklumbalas ‘rasmi’ kita jika diajukan isu-isu melibatkan keagamaan. Dengan harga buku ini hanya RM 39.90 dapat membantu anda membuat keputusan jika perkara ini terjadi pada diri anda dan keluarga anda.

Anda fikir-fikirkanlah. Semoga diri kita dilindungi dan dirahmati daripadaNYA. ‘Sampai-sampaikan perkara yang baik itu walaupun hanya sepotong ayat’

p/s: Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk memiliki buku ini, sila layari website ini - www.halalscience.com

No comments:

Post a Comment