Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kena PAU dengan budak sekolah di Danau Kota

Kena PAU dengan budak sekolah di Danau Kota: Salam untuk semua,

Entri kali ni berkisarkan dengan pengalaman yang baru aku lalui tadi. Tadi pada jam 11.30 mlm aku keluar ke Petronas Danau Kota untuk beli Top Up Prepaid Celcom (org lain dah pakai line dah bang) dan beli Nescafe Original untuk minum malam. Macam biasa la, area situ memang sesak lebih2 lagi waktu 'Uptown' ada. 

Aku parking kereta di Petronas tersebut (sekejap je kot, tak sampai 10 minit). Lepas reload handphone usang aku Sony Ericsson  S312 (org lain dah pakai smartphone bang), aku terus ke kereta aku. Macam biasa aku start enjin dan terus nak blah dari situ, tanpa aku duga, cermin kereta aku diketuk. Mulanya aku tak perasan sebab berhati-hati nak lepaskan kereta dari keadaan sesak disitu. Aku ternampak budak baya tingkatan 2 or 3 menunggu aku turunkan cermin kereta aku. Bila aku turunkan cermin, budak tu minta aku bayar duit parking.

' Bang, bayar duit parking bang, RM3' sambil mata budak tu tak berani tentang mata aku. Ada rasa takut-takut dalam diri budak tu. Sori la beb, aku ada belajar psikologi tingkah laku manusia, aku tahu budak tu rasa 'salah'.

'Kena bayar ke dik, biasa tak pernah pulak kena bayar' - aku tanya

'Kena bayar bang, kereta abg saya tengok2kan tadi' - dia kata dengan nada agak tinggi, mesti taknak aku tanya macam2. Aku tau.

'Aku tak suruh pun ko tengok2kan kereta aku, aku taula kereta aku cap 1Malaysia je' - dalam hati aku

Sebab malas nak ber'sembang' panjang, aku amik coin 10 sen, kira cukup2 RM3 baru aku bagi kat budak tu. Annoyingkan budak tu dengan syiling. Dalam hati aku, aku ikhlas kan je la.

Persoalannya:

1. Memang parking kat Petronas Danau Kota tu kena bayar ker? Budak tu pakai T-shirt selebet je, tiada uniform khusus untuk penjaga parking kalau ianya betul.
2. Mengapa budah melayu tu meminta duit dengan cara begini?Tak malu ker, tak takut salah ker?
3. Adakah budak melayu tu malas nak bekerja atau nak cari jalan mudah untuk dapatkan wang?
4. Apakah sebab budak melayu tu berbuat begitu? Famili tak mampu bagi duit? Ketagih nak beli rokok duit takde? Or saja nak PAU orang-orang dan ambil kesempatan terhadap mereka.

Pandangan aku:

1. Budak melayu ni nampak gaya nak ambil jalan mudah. Taknak bekerja secara halal. 
2. Sepatutnya dengan umur sebaya macam dia, jam 12 malam bukan duduk diluar rumah, kena ada dirumah (orang dewasa macam aku takpela, he he he).
3. Pengaruh kawan-kawan je semua ni. Nak tunjuk lagak konon macam taiko kawasan tu la.
4. Next time kalau jumpa aku lagi, aku bawa ke Bukit Aman. Kecik-kecik taknak belajar, nak hidup senang je. Nasib ko tu Melayu, sebangsa ngan aku. Kalau x, dah lama dah.....

Pengajaran:

Berhati-hatilah kepada semua yang berkunjung ke Uptown Danau Kota lebih-lebih lagi perempuan.

3 comments:

  1. kn gak td tp x bayar. cakap nk pg beli brg skjp jer..pastu dia senyum kata ok. dia pun chow.

    ReplyDelete
  2. Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Jika dalam apa-apa masalah kewangan atau memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Jika anda membayar bil-bil atau hutang untuk menyelesaikan, atau adakah saya memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan ia bank-bank tempatan keras / modal mencari untuk mendapatkan gadai janji daripada institusi kewangan yang lain? Adakah anda memerlukan pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab, jika anda suka,

    * Pinjaman Kenderaan
    * Pinjaman Harta Tanah
    * Pinjaman Perniagaan
    * Lain-lain Pinjaman
    * Kredit
    * MasterCard

    Sila hubungi kami melalui
    e-mail: eaglesfinanceloancompany@gmail.com
    Mobile: +1-240-892-4572

    Nota: Pinjaman memberi kadar faedah tahunan sebanyak hanya 3.4%. Harap anda akan diberi kredit dalam mana-mana negara di dunia harus kediaman.(NO terlebih dahulu bayaran diperlukan).

    ReplyDelete