Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pengalaman telemarketing bersama Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC)

Pengalaman telemarketing bersama Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC):
Pernah atau tidak anda terdengar/terbaca berkenaan SGIVC ini? Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku dan pandangan aku tentang SGIVC ini. Cerita begini, isteri aku pernah mendapat panggilan daripada salah seorang kakitangan SGIVC yang mengatakan yang isteri aku bertuah kerana dapat voucher percuma penginapan di Swiss Garden Residences di KL. Tapi dengan satu syarat, perlu mendengar promosi SGIVC ini yang akan diberikan oleh kakitangan tersebut untuk selama lebih kurang 2 jam. Apa 2 jam nak kena brainwash ke? Biar betul!

Yup, memang itula yang terjadi. Dipendekkan cerita, tarikh temujanji dengan pihak Swiss Garden telah ditetapkan dan sebagai syarat, aku dan isteri terpaksa dengar promosi SGIVC ini. Harinya adalah pada 6 - 8 Apr 12 yang lepas. Disebabkan voucher yang diberikan adalah untuk 3 hari 2 malam, maka kami merancang untuk habiskan masa weekend tersebut berdua sahaja. Anak aku serahkan kepada ibu dan ayah untuk menjaganya. Kami tiba ke Swiss Garden Residences di KL (berhampiran Puduraya dan Ibu Pejabat Polis KL) pada Jumaat petang. 

First impression memang residence ni nampak mewah dan elegan. Dan memangpun ianya mewah dan eksklusif. Ramai pengunjung daripada negara luar memilih menetap di sini. Selesai urusan di kaunter untuk registration for check in, kami terus ke bilik yang diberikan. Ianya seperti unit-unit kondo atau apartment mewah. Amat cantik sekali. Kemas dan teratur. Bilik yang diberikan di tingkat 10 dan pemandangannya juga amat baik. Dari luar tingkap dan nampak TimeSquare dan sebagainya bangunan disekeliling. Kami habiskan masa berehat setelah penat memandu.

Temujanji untuk mendengar promosi SGIVC ditetapkan pada keesokkan harinya. Kami dipelawa ke tingkat 7 dimana kelab ini beroperasi. Kami disambut oleh salah seorang kakitangannya dan terus ke bilik promosi. Sebetulnya, aku dan menasihati isteri supaya abaikan promosi sebegini. Tapi kami terpaksa hadirkan diri setelah isteri telah berikan nombor kad kreditnya untuk tempahan bilik sebelum di reimburse selepas mendengar promosi tersebut. Aku amat alergik dengan gimik sebegini. Sebab aku sakit hati bila ada orang yang kita tidak kenal tetiba telefon dan offer itu ini. Kadang-kadang itu, masa yang diorang telefon sangatlah tidak sesuai. So, kami diberi penerangan dan persembahan berkenaan kebaikan menyertai SGIVC ni.

Aku dah beritahu isteri yang aku malas amik port sgt tentang hal ni. Aku cuma nak spend masa dengan dia dan hal SGIVC ni, dia uruskanlah. So, setelah hampir 1 jam bercerita dan memberi penerangan. Kakitangan tadi mengajak kami sertai. Aku agak reluctant sebab aku dah tahu dari awal yang sudah semestinya ada udang disebalik batu. Harga yang perlu dibayar untuk keahlian selama 30 tahun adalah RM 27 ribu. Adalah 'kebaikkan' dia seperti percuma 14 malam penginapan di mana-mana hotel Swiss Garden di dalam mahupun luar negara. 14 hari tersebut jika tidak dihabiskan boleh dibawa ketahun hadapan tetapi akan luput selepas 3 tahun. Tawarannya nampak sangat baik dan berbaloi. Tapi dengan bujet famili aku yang masih belum stabil, lifestyle yang tidak sesuai serta komitmen yang terpaksa aku berikan selepas menyertai kelab ni yang buatkan aku malas nak join. Oh ya, yuran tahunan pun anda kena bayar sekiranya anda sertainya. Lebih kurang RM 3++ juga. Anda fikirkanlah.

Selepas body languange atau bahasa tolak cara manis aku seperti dapat dihidu oleh staf tadi. Tetiba dia nak bandingkan aku dengan pelanggan dia yang cuma pekerja kilang dengan isteri tidak bekerja. Dia katakan, ' Orang yang kerja kilangpun boleh join abg, ni kan pula abg dan akak yang kerja pegawai tentera cum pharmacist dan doktor'.. Ayat ni yang buat aku angin. Bukannya apa, perlu ke dia nak bandingkan pekerjaan aku dan pelanggan dia yang lain??. Hatta pelanggan dia tu Vice President ke or professional yang lain. Itu bukan isu nya, takkanlah sebab orang yang kerja kilang join, aku yang kerja pegawai kena join juga?. Aku hanya akan join atau beli produk dan perkhidmatan yang benar-benar aku perlukan dan bukannya sebab orang lain beli aku pun kena beli. Tidak sama sekali. Aku takkan beli MacBook atau IPhone sebab orang lain beli. Aku selesa pakai Acer buruk aku yang dah lebih 5 tahun dan Handphone cabuk Sony Ericsson 4 tahun sudah. Benda boleh pakai lagi, buat apa nak terikut-ikutkan orang sangat. Itu adalah aku.

Aku jawab balik dengan nada yang baik kepada staf tu,, 'Mungkin yang kerja kilang tadi jawatannya Pengurus Kilang atau Pemilik kilang tersebut, itu yang buat kan dia mampu'..Sambil tersenyum je aku balas. Tapi maklumbalas staf tadi mengatakan yang beria-ia pekerja kilang tadi hanyalah pekerja biasa, anak lima, isteri pengurus rumah tangga sepenuh masa. Aku gelengkan kepala. So what?? Bila aku dah angin, daripada dia yang nak brainwash kami, aku yang brainwash dia balik. Apa, dia ingat salesman or salesgirl je ker yang ada skill convince orang ni. Agaknya dia tak tahu kut skop kerja aku yang hari-hari didatangi salesman dan salesgirl just to promote ubat di hospital tempat aku bekerja. Come on la!! Kan dah kena sedebik.

Bila aku yang start take over those conversation, aku susah nak berhenti. Boleh menangis orang kena bebelan aku. So, dia pun stop dan tak pushy lagi. Kesudahannya, isteri aku dapat reimbursement, kami dapat stay percuma 3 hari 2 malam free dan dapat spend masa berkualiti together weekend itu. Cuma, aku terkilan sebab terpaksa switch  to defensive and offensive mode waktu tu which aku rasa tidak perlu. Jika dia faham yang pelanggan seperti aku datang dan tidak  berminat. Tidak perlu lagi nak push dan janji bulan bintang hanya semata-mata nak nampakkan yang pakej tersebut sewajibnya aku masuk. Dan sekali lagi aku nak ingatkan, tak semua kumpulan professional mampu walaupun jawatan yang mereka sandang membuatkan orang beranggapan yang mereka kaya. Cth banyak depan mata, dalam surat khabar, tak ramai golongan professional dapat beli rumah pun. Betul tidak? Jika mereka sebenarnya mampu pun, mungkin untuk sertai kelab-kelab mewah sebegini bukan keutamaan mereka. Itu saja. Harap maklum dan sila faham.

Dan jangan buat statement yang pelanggan akan kecewa sebab tak join sekarang berbanding masa depan. Ianya sangat irrelevant and not necessary. For what? Just to make you feel better?? Ah, forget it. Kat Groupon, Milk a Deal dan My Deal pun ada pakej murah-murah kalau kemaruk sgt nak bercuti ke luar negara.

But aku kena admit, hotelnya sangat selesa dan kemas, ada la hiccup sana sini sikit-skit, but overall memang cantik cuma yang tak cantik cara telemarketing yang aku rasa menjengkelkan.  Itu saja, tutup cerita. Anda ada pengalaman sebegini ker? Kata orang, di MATTA fair, banyak tawaran sebegini diberikan, percuma penginapan cuma terpaksa dengan promosi. Iya ke? Jika begitu, untunglah untuk mereka yang berhati kering. :)


57 comments:

  1. saya dah dua kali swiss garden kuantan bagi offer
    satu offer masa baru mula2 kahwin yang 2nd baru je 2 hari lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bkn beli pakej or join membership kita beli curency akan dtg

      Delete
  2. Kalau kira-kira kasar untuk platinum tu. Dalam RM9x semalaman bukan percuma seperti yang dikatakan staf dia tu sebab kita bayar RM2xk + (RM3xx/tahun) atau RM3xk.

    Bila dah jadi ahli club, kita dah terikat dengan rangkaian hotel ni. Bukan semua tempat ada rangkaian hotel ini, contohnya Jakarta, memang tak ada dalam list interval international.

    Kesimpulannya, yang hebat disini ialah jurujual, dia dah buat sale untuk 30 tahun dalam masa 48 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya adalah ahli Swiss garden vacation club dah lama.. susah nak dapat walaupun buat reservation 6 bulan awal. Mungkin ahli dah ramai.

      Delete
  3. Itula, dah agak lama dah. Mana mungkin ada tawaran 'too good to be true'

    ReplyDelete
  4. Minta maaf , sebenarnye pada pandangan sy , ni adalah perangai sebenar org melayu , bende free nak , tp bile ade org promote , complain plak .. Sampai bile la org malayu nak jadi mcm ni , dan pada pandangan sy juga , tuan dah tahu bende ni sblom wife tuan admit untuk stay dekat swiss garden .. Tp tuan still juga untuk dapat kan tawaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah promote. yg salah eager sgt nak customer join walaupun customer dah tolak cara baik. Rileks.

      Delete
    2. Hotak lu... sedap je ko kondem melayu... ko tu keling ke?

      Ko tau tak SGVC tak pernah invite Cina utk promo mcm ni...

      Ko tau kenapa tak bahlol??

      Sebab kalo Cina lagi confirm dia datang semata-mata sebab gelojoh nak benda free je. Tobat dia tak akan join club tu..

      Sedih aku dengan melayu macam ko ni nik... Mana kampong ko ni...adoiii,,,

      Delete
    3. Tapi apapun SGVC ni bagus dan bukan penipu... Mereka jauh lebih professional berbanding banyak syarikat lain yg menggunakan modus operandi yg sama tetapi agak biadap dalam mendesak hadirin

      Delete
  5. Dan kalau bende ni tak bagus , sy rase swiss garden ni takkan ade dah dekat malaysia ni .. Ubah la permikiran mcm ni , mane ade bende free dalam dunia ni .. Sekurang kurang nye tuan dapat jugak stay dekat swiss garden 😊
    Sy happy members SGIVC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak kata xbagus dari perspektif org lain. saya cuma kata sy tak suka. Salah ke? Rileks.

      Delete
    2. Dan.. klu benda ni bagus xperlu kot nk paksa2, pujuk macam2 dan nk membanding2kn org lain dgn kita, Dan.. klu benda ni bagus org akan cari SGIVC bkn SGIVC akan cari org.

      Delete
    3. Xde apa yg bagusnya sgivc ni..janji lain..konon byr rm10 beli mkn kt cafe dia dah dpt voucer utk guna gym, pool etc..tp pas jadi member..kena byr rm45 pulak..apa benda..n nak booking cukup susah. Better guna agoda je

      Delete
  6. Sy pun nk share pengalaman kat sini.. sy pernah dtg ke jemputan dr Swiss Garden ni, masa sy terima panggilan tu sy pun mcm x percaya yg sy akan dpt voucher tajaan percuma untuk stay di hotel swiss garden tu, tp sy pergi je dulu nk tgk ape yg berlaku.. kat sana mmg sy dipromotekan tentg keahlian tp syg nye pd masa tu harga pekej tu diluar kemampuan sy sbb sy br beli rumah. Jd sy berterus terang kpd consultant yg menerangkan pekej tu yg sy mmg tak mampu buat sementara waktu ni.. diakhir penerangan tu sy ttp diberikan voucher penginapan percuma dan consultant tu terus minta date untuk check in, kebetulan sy mmg dah ada date untuk plan guna voucher tu, sy terus submit booking.. seminggu sebelum tarikh check in sy dihubungi HQ swiss garden dan sy diberikan confirmation slip, dan sewaktu check in di Swiss garden resort kuantan ternyata mmg penginapan sy 3hari 2mlm adalah PERCUMA.. kalau lah ada peluang lg ,sy mmg nk join jd ahli swiss garden ni sbb hotel swiss garden mng tip top.. terima kasih swiss garden untuk penginapan percuma tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SG. Lain kali offer la lagi. Sy suke.

      Delete
    2. Betul ka vocher yg diberi tu percuma..tak da cas tersembunyi ka...saya baru dapat tadi..hotel kat serawak..risau jugak...

      Delete
    3. Mann mann hari ni ...ada org call saya berkenaan dgn tourism sarawak dpt penginapan percuma 3h2m x silap dr easturia ..same ke... so bole share . ..

      Delete
    4. Mann mann hari ni ...ada org call saya berkenaan dgn tourism sarawak dpt penginapan percuma 3h2m x silap dr easturia ..same ke... so bole share . ..

      Delete
  7. Ini dipanggil timeshare marketing. Saya pernah kena dengan Easturia Vacation Club sebab masa tu tak tahu apa benda dorang nak. Lagipun, dia introduce diri sbg wakil dari Sarawak Tourism. Bila sampai, kena dengan marketing 45 minit. Salesgirl masa tu dah seronok dah sebab dia tahu saya travel kerap, dia ingat dia dapat mangsa. haha Tapi bila part saya cakap saya cuma belanja kurang RM 1400 lebih kurang utk 5 malam di Jepun, terus mukanya berubah. memang tak berjaya dia buat sales tapi kami still dapat voucher peningapan.

    Tapi, bila kita kira-kira samada untung atau tidak vacation club sebegini, tak untung pun sebenarnya. Satu, promosi belum termasuk peak season dan bukan semua hotel yang kita nak pergi tu ada cawangannya. time value of money sekarang tak sama dgn time value of money 30 tahun akan datang. setakat penginapan sahaja... tak berbaloi langsung sebab bukan kita boleh gi duduk tiap2 kali melancong. ada limit dia jugak. kalau betul-betul untung kpd pengguna, tak de nye dia nak buat promosi begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. bila masuk rasa terpaksa bercuti pulak. sebab nak habiskan kuota bilik yg masih ada. sedangkan kalau kena gaya n research. boleh dpt lg murah. lgpun kita bukan nak sgt duduk hotel. nak jalan lebih.

      Delete
    2. betoiii..tuh..tp bila kita fikirkan jangka masa panjang nnt..ahli mungkin untung bb harga bilik akan berubah mungkin akan meningkat lg..dlm tempoh 3 tahun kita selesai bayar..tp kita boleh guna sampai 30 tahun..sy nmpak kalu kita mati nnt anak kita juga yg senang..cara ini boleh mengiratkan silaturahim keluarga..sy lepak kt apartment DAMAI LAUT PERAK..berbaloi dengan budjet ..boleh masak sendiri.. TQ SGIVC.. setiap tahun sy bawa family sy ibubapa dan mertua serta ahli keluarga lain bercuti di sana..banyak aktiviti bersama keluarga yg boleh kami buat...sy harap SGIVC kekal dengan PERJANJIAN N POLISI nya..

      Delete
    3. betoiii..tuh..tp bila kita fikirkan jangka masa panjang nnt..ahli mungkin untung bb harga bilik akan berubah mungkin akan meningkat lg..dlm tempoh 3 tahun kita selesai bayar..tp kita boleh guna sampai 30 tahun..sy nmpak kalu kita mati nnt anak kita juga yg senang..cara ini boleh mengiratkan silaturahim keluarga..sy lepak kt apartment DAMAI LAUT PERAK..berbaloi dengan budjet ..boleh masak sendiri.. TQ SGIVC.. setiap tahun sy bawa family sy ibubapa dan mertua serta ahli keluarga lain bercuti di sana..banyak aktiviti bersama keluarga yg boleh kami buat...sy harap SGIVC kekal dengan PERJANJIAN N POLISI nya..

      Delete
  8. Lama tu terikat dengan hotel sampai 30 tahun. Gila apa. Harga pulak sampai 27k nak kena bayar. Haha. Memang tak la. Sama je macam bayar sendiri tiap kali menginap rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar selama 3 tahun je ansuran . 30tahun membership duration . Kalau ikat 30 tahun spe nak hahahaha . -swiss ambassador

      Delete
  9. kalu kerap ke luar negara mmg worth, cuba Royal Beach Club Jimbaran Bay Bali yg ditawarkan oleh Swiss Garden, mmg nk pegi tiap tahun

    ReplyDelete
  10. Bg sy mmg berbaloi sbb kita bleh guna fasiliti hotel jika hotel swiss ni dekat dhn rumah. bawa ank santai mandi swiming pool pn free. gym & spa pn free. lgpn pakej hotel bleh jual.

    ReplyDelete
  11. Kalau sy nk jual swiss garden international membership ade yg nk beli x..da hbis byar..xpernah guna pon sbb xade mase nk pegi bercuti..harga boleh runding..tq 0139820527

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa nak jual? Mungkin ada yg nak beli.

      Delete
    2. Saya pun nak jual la..

      Delete
    3. sya nak jual memership sya rm14k sapa nak boleh ambik...tahun 2015 baru start,..dah abis byr..nak boleh whspp or mail kat saya are_liee2006@hotmail.com

      Delete
  12. br smlm dpt kol utk offer yg sama..dlm kpla dh terpk..btl ke free without hidden agenda..tp dia ckp ye..free je..sb custmer bertuah..kita pn ye kan je la..ckp stuju nk dtg utk take offer this weekend dkt hotel berdktn rumh..nsb la gugel n tjumpa thread ni..terima kasih ats info..atleast..klo nk p dengar preview ni kne prepare mntl n fizikal..

    ReplyDelete
  13. sy nk jual kad ahli gold, nk jual murah2 ahli dr sept 2014. call 0199243053

    ReplyDelete
  14. Sy pun dpt baucer free dr sgivc dan mmg free tanpa sbrg caj tambahan. Mula2 mmg ragu2 nk join tp sy dh join sgivc sejak 2005 dan amat berpuas hati dgn servisnya. Bole merancang percutian setiap tahun. Anak2 pun gembira. Mmg berbaloi dgn apa yg sy bayar kerana harga hotel di masa skrg yg ada swimming pool mmg mahal. Skrg sy bercuti x perlu pkkan kos hotel hanya perlu bajet utk tol, minyak, makan dan shopping :)

    ReplyDelete
  15. my dad ahli sgvc..swiss garden vacation club..kami adik beradik pon bole je pegi under my dad punya akaun..oversea pon ade..rasanye x rugi kot..so far ok je..my dad byr lump sum..senang..lgpon membership ni bole diwarisi..takde hal la kot..mmg ada masa bole pegi hotel lain..dan kdg2 bole guna sgvc ni..x rugi pon..untung je..lgpon bole carry forward..i mean bilik/hari..lain org lain pandangan..rilex k..chill..

    ReplyDelete
  16. http://hersaifulherwan.blogspot.my/2010/02/swiss-garden-international-vacation.html

    ReplyDelete
  17. saya pun ahli club sgiv.. xde maslah pun...
    kalau xberminat jangan join dari awal la.ok

    ReplyDelete
  18. memang geram dgn sgvc ni kalau booking melalui fax manjang bilik penuh,,dulu kata ahli kelab didahulukan tp mcm tak berbaloi pulak..agak masa weak day je kosong.kami xkan nak ponteng kerja kot sbb nak lepak kat hotel..mmg rasa nak berhenti sangat

    ReplyDelete
  19. Brape nk jual? Ws +60175700322

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya ingin jual membership platinum saya (pakej sudah dibayar habis). Memang bazir saya simpan sebab jarang guna. Harga murah boleh dirunding. Kalau berminat, kita boleh contact.

      Delete
  20. Salam, saya Kamaruddin Bin A Rahman, saya ahli sudah 4 tahun, tiada masalah dan sangat gembira dengan perkhidmatan SGIVC, bagi saya hotel yang ditawarkan di Bali amat menarik & terasa murah sgt dengan apa yg dah dibayar, sampai 4 kali saya ke sana dengan 3 pilihan hotel, Kuantan saya pergi secara berkala 2 kali setahun utk ziarah keluarga, Damai Laut juga sgt menarik bertaraf antarabangsa dgn panorama yg cantik di waktu senja bertiraikan Pulau Pangkor, fahami apa yg ditawarkan, tempah seperti yg dicadangkan iaitu setahun awal utk homebased & 6 bulan utk antarabangsa, jgn sesekali join club kerana voucher percuma, anda perlu audit sendiri kemampuan anda, cuma anda kena faham ini adalah sebuah kelab percutian, jangan masuk kelab perahu layar kalau x minat perahu layar, jangan masuk kelab catur jika tidak minat bermain catur, kelab ini untuk mereka yang serius minat bercuti secara terancang. Sila rujuk apa sahaja kelab, adakah ahli kelab masuk ahli kerana kempen voucher percuma? Juga tidak timbul soal pilihan hotel yg terhad, hotel yg tersenarai pun sukar nk dihabiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Tapi janganlah nak org join cara memaksa

      Delete
  21. Sgi vacation jahanam…. Subject to availabiliity buat ramai member mati. first come first serve sgi vacation club kata kenapa member tak baca agreement and prospektus? Kenapa masa jual tak sebut ini semua? Kenapa sales talk tak mention kena buat 3 to 6 months advance booking? Advance booking member dpt bilik standard utk advance payment. Instant payment agoda dpt deluxe. Mana member benefitnya?? Membership 20 tahun nk pergi hotel yg sama ke? Bayar ribu-raban boleh bagi org lain pakai…. kata sgi jahanam… kalau sgi bankrupt member ikut bankrupt…. lost! Banyak timeshare yg da bankrupt puuun… rasa da bankrupt krn bilik memanjang tak ada.

    ReplyDelete
  22. Baru pukul 4 ptg tadi terjoin sgivc & skrg pukul 8 malam dah rasa nak cancel membership sbb rasa tak berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi ke cancel? Pasal saya pun baru join 2 hari lepas... mcm nak cancel jer... rasa baca tadi ada cooling period 10 hari kan...

      Delete
    2. Seri ibrahim ni kat mane2 ade n komennye sume sama..xyah la nk marah sgttt..perjanjian kena bc dan fahamkn..

      Delete
  23. sy dah 6 tahun jadi ahli, so far takde masalah pun kalau kita plan dan pandai buat booking, tiada apa yg perfect dalam dunia ni, tapi kalau kita pandai plan dan pergi bercuti kita akan happy.. dgn bayar 20k untuk 30 tahun mmg berbaloi sgt.. harga hotel bukan setiap tahun harga yang sama..hotel sentiasa harga makin naik tapi org tetap pergi bercuti.. so ambik la pakej yang tawarkan untuk perjimatan .. yang penting kita kena pham product dan pandai untuk pakai dan plan.. selamat bercuti

    ReplyDelete
  24. saya baru ari ini join...32k untuk 30 tahun dengan 14mlm bg percuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak frust, baik cancel sekarang.. dia org bagi cooling period 10 hari.. just nak share pengalaman kita org.. kami member SGIVC sejak 2013. Memang dpt penginapan free (3h/2m) sbb kami attend consultation session. Then sign up jadi GOLD member. 2 thn tak pernah guna entitlement. Pas tu bila nak book bilik nak pi Thailand, hotel tu tak dpt book sampai diberitahu walaupun hotel tu ada dalam senarai mereka. Masa tu kami dah fax application pohon bilik, tapi tak dpt reply sampai kami balik dari vacation. Itu pun lepas sy call 2/3 kali. Tambahan pula, kami diberitahu, SGIVC tdk boleh janjikan yg customer akan dpt hotel yg mrk nak. It seems kita kena pilih available hotel dulu baru blh buat booking yg lain. Apabila kami bandingkan senarai hotel yg kami dpt masa register (2013) dgn senarai 2015, bilangan hotel (optional) turun dari 73 ke 30an.. Apabila kami contact mrk nak terminate membership the only advice yg mrk bagi, kami boleh habiskan entitlement 7h/tahun untuk tinggal di Swiss Garden hotel di KL, Lumut atau Cherating. Itu je yg mrk boleh janji. We dont see the point of having membership worth of 20K to stay in their hotels untuk 30 tahun setiap thn. So walaupun kami dah bayar 14k kami tak habis bayar. at least save another 6k kan? Kami telah cuba utk dptkan balik duit yg dah kami bayar. so file kan kes kat tribunal. itupun ditolak sbb SG dah dpt high court order spy kes ini hanya blh dibicarakan di high court. in another word, di luar kuasa tribunal. So we are helpless. Utk mrk yg consider nak beli time share membership SGIVC:
      1. tiada flexibiliti
      2. bilangan hotel yg participate makin kurang
      3. customer service tdk bagus
      4. One word to sum: WORTHLESS

      Delete
    2. Tq for speaking the truth. Appreciate it

      Delete