Pages

agoda.com INT Lazada MY

AES (Bukan Abang Ensem's Syndrome)


Entri ini bukan untuk membahan Abang Ensem, cuma apabila aku terlihat huruf AE bersebelahan aku akan terfikirkan blog AE, jika ditambah S maka aku boleh katakan AES ataupun Abang Ensem's Syndrome. Cuma ini hanya membuatkan aku tersenyum sendirian sahaja. Mungkinkah aku sudah terkena AES?

Bukan Abang Ensem's Syndrome


Yang pastinya ada satu AES lagi yang aku tak berapa suka.  Korang faham-faham je la kan. Automated Enforcement System (AES) yang merupakan satu inovasi baru oleh pihak JPJ untuk mengurangkan kemalangan sekaligus mengajar para pemandu di Malaysia agar lebih berhemah dan berhati-hati.  Soalan aku? Iya ker sistem ini boleh mempengaruhi cara pemanduan pemandu di Malaysia.  Frankly speaking, aku ada was-was kat situ.  Apa yang aku perhatikan adalah sikap hipokrit pemandu Malaysia menjadi-jadi.  Bila sampai je di kawasan yang mempunyai kamera, maka dipandunya perlahan kenderaan.  Selepas sahaja kenderaan melepasi 'mata satu' AES ini, berdesup jugak perginya kenderaan-kenderaan tadi yang sopan seperti baru pertama kali berjumpa bakal mak mertua. he he he.

Berapa harganya benda ni ek??
Lagi berita yang aku baca dari The Star Ahad lalu adalah satu 'inovasi' yang juga disingkatkan kepada AES, cumanya pengertian AES inovasi baru ini adalah Automated Escape System.  Satu peranti atau produk yang boleh menyembunyikan plat kenderaan anda apabila melalui kawasan kamera AES.  Hanya dengan satu klik maka kedua-dua plat no depan dan belakang kereta anda dapat ditutup dan anda boleh memecut macam lipas kudung tanpa dapat dikesan disamping mengelirukan pihak berkuasa.  Huh...  yang lebih membahayakan adalah anda boleh menggunakannya tidak hanya sewaktu menghampiri kawasan kamera AES, malah ketika anda nak lari daripada JPJ dan juga Polis.

Inilah bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sentiasa berupaya untuk mengadaptasi kepada keadaan disekeliling.  Soalan lagi? Perlukah kita buat semua ini? Kamera AES pada aku kurang bersesuaian lebih-lebih lagi tiada garispanduan yang jelas dan bagaimana prosedur yang akan digunapakai.  Rata-rata dari pemerhatian aku, kamera AES ini diletakkan di jalan-jalan yang mempunyai tanda had laju 70km/j walaupun jalan tersebut lebar dan selamat jika dipandu dengan kelajuan melebihi had laju yang ditetapkan.

Lagi pula ia beroperasi 24 jam tidak seperti di negara Australia yang hanya beroperasi ketika waktu puncak iaitu waktu pejabat. Ada logiknya jika pihak berkuasa hanya menggunakan kamera AES tersebut pada waktu pejabat sahaja kerana ketika inilah ramai yang berpusu-pusu ke tempat kerja.  Janganlah disebabkan ingin membayar modal yang telah dikeluarkan oleh pihak pembekal, maka tempoh operasi kamera AES tersebut diletakkan 24 jam sehari.  Sekiranya perkara-perkara kecil seperti ini diperjelaskan dengan lebih terperinci, aku rasa kebanyakkan masyarakat Malaysia boleh faham akan kepentingannya dan boleh memberi peluang kepada perlaksanaannya.

Langkah meletakkan kamera AES tanpa penjelasan yang lengkap ini aku rasa adalah langkah yang tidak popular kerajaan BN lakukan dan ini tidak baik lebih-lebih lagi ketika Pilihan raya Umum ke 13 yang tidak lama lagi.  Semestinya, setiap projek atau implementasi sesuatu idea oleh kerajaan akan ada pros dan kons. So, bagi rakyat Malaysia semua.  Apakah pilihan anda?  Pilihan aku: Aku prefer AES yang mula-mula aku describekan tadi di atas. he he he

p/s : Setiap yang ingin diimplementasi perlu diperjelaskan dengan jujur dan tiada hidden agenda disebaliknya.  Rakyat boleh memahami akan keperluannya.  Let's give it a try. :)

4 comments:

  1. Ada terbaca mengenai nombor plate boleh ditutup ala-ala James Bond. Rasanya pemandu Malaysia belum lagi jujur(tidak semua) lepas sahaja AES tekan minyak.

    Ketika berada di Australia saya dan rakan beberapa kali ditegur supaya memakai tali pinggang untuk penumpang belakang. Ketika itu Malaysia belum berkuatkuasa pemakaian tali pinggang. Mereka memandu mengikut had laju dan mematuhi lampu isyarat. Begitu juga ketika berada di zebra crossing atau disimpang mereka akan berhenti kenderaan untuk membenarkan pejalan kaki melintas. Tidak di Malaysia 'zebra crossing' sebelum dan selepas kena letak bonggol. Berapa ramai kita yang berani lintas 'Zebra crossing' di Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Itula pasal, tak berani lintas. Dulu kecik2 diajar kalau kita lintas Zebra Crossing, kereta akan berhenti. Waktu tu rasa mcm power sgt bila kereta terpaksa berhenti sebabkan kita yang melintas. Reality Check: Tak seperti yang diajarkan. Di Singapura pun diorang sgt berhemah

    ReplyDelete
  3. agaknya kalau tutup dengan kain hitam dekat AES tu ape jadi agak2nya

    ReplyDelete
  4. diorg tanggalkan je, mcm diorang lap bila ada org sembur cat merah

    ReplyDelete