Pages

agoda.com INT Lazada MY

Aku Sayang Malaysia

Ada org pernah tanya aku, kenapa aku nak jadi askar? Ko dah la grad farmasi, kenapa nak join askar pulak? Jawapan aku simple je, aku sayangkan negara aku. Malaysia.  Kalau tidak dari dulu lagi aku xamik biasiswa ATM waktu zaman aku di UiTM dulu.  Nak dijadikan cerita arwah atuk aku memang bekas askar. Askar Melayu. Sewaktu aku di 'hantar' ke kampung untuk di'bersih'kan dari anasir-anasir kenakalan yang melampau sehinggakan menyusahkan mak ayah aku. Aku terperangkap dalam kehidupan masyarakat kampung yang tiada benda atau aktiviti yang boleh dilakukan.  Last2, aku jadi pengembala lembu arwah atuk aku.  Setiap pagi aku akan hantar lembu2 tu meragut rumput.  Petang sediakan air garam diorang dan masukkan ke kandang.

Ketika aku melepak dengan arwah atuk di beranda rumahnya, arwah atuk ada mengesyorkan untuk aku masuk tentera. Iyala, askar melayu memang sangat bangga dengan khidmat yang telah mereka sumbangkan kepada tanah air tercinta, tanah melayu.  Waktu tu aku baru berumur 14 tahun.  Manala aku faham apa yang diperkatakan oleh arwah atuk aku tu.  Benda apa nak tentera ni.  Main anak patung tentera aku pandaila.  Yup, bila diingatkan kembali memang ada kebenaran apa yang arwah atuk kata. Ada baiknya aku menyertai askar walaupun hanya sebagai pharmacist.  At least aku boleh bertanggungjawab dengan tahap kesihatan askar2 di Malaysia.  Adala role aku disitu. 

Aku anggapkan ini adalah amalan fardu kifayah aku.  At least ada la wakil pharmacist yang boleh menyumbang kepada kesiapsiagaan kesihatan dan kecergasan askar Malaysia.  Ketika perang, taktik apa yang perlu dilaksanakan dan sebagainya.  Inila yang membezakan aku dengan rakan-rakanku di Kementerian Kesihatan Malaysia.  Yup, memang aku bertuah dapat menimba ilmu yang unik ini.  Segala syukur aku hanya pada ilahi kerana menunjukkan aku jalan mana yang harus aku amik. Walauapa-apa pun, segala keputusan yang aku buat ini sebab kasih dan sayangnya aku pada negara Malaysia yang indah dan tercinta ini.

Aku cukup sakit hati kalau ada orang yang cuba nak porak perandakan negara ni. Esp politikus2 yang hanya mementingkan diri sendiri. Semoga keamanan dan ketenteraman negara Malaysia ini dapat dinikmati oleh anak cucu cicit aku. Amin 

2 comments:

  1. tahniah bro juga seorang anggota tentera. besar jasa anggota keamanannya ni.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bro.. itula, sama-samala kita jaga keamanan negara kita yang tercinta ini

    ReplyDelete