Pages

agoda.com INT Lazada MY

Alhamdulillah

Sebulan yang lepas memang tiada kesempatan untuk update entri di blog percuma ni. Hilang sudah rasa semangat untuk update disebabkan beban tugas kerja harian yang semakin menggunung. So pelan-pelan aku slow down update entri di sini.  Bukannya apa, aku rasa lebih baik aku tumpukan pada tugas hakiki aku daripada tugas-tugas sambilan ini.

Baru-baru ni, aku berjaya melepasi temuduga untuk sambung belajar tahun 2013 nanti.  Jika korang ada ikut perkembangan blog ini, ada satu tawaran untuk ke luar negara iaitu Australia datang kepada aku.  Cumanya rezeki aku bukan disitu.  Tak dapat nak sambung ke luar negara.  Aku tak kisah sebenarnya, bagi aku dalam dan luar negara adalah sama.  Yang penting adakah kelulusan universiti tersebut dapat menjamin kerja anda di Malaysia.  Sekiranya tidak, lebih baik jangan ke luar negara sambung belajar.  

Lain cerita jika kursus yang korang ambil di luar negara membolehkan korang bekerja disana.  Itu cerita lain.  InsyaAllah jika tiada aral melintang, tibalah giliran aku untuk sambung pengajian ke peringkat Post graduate dalam bidang Sarjana Farmasi (Klinikal).  Mulanya aku takdela berminat sangat dalam bidang ini.  Tapi bila mengenangkan yang kursus ini penting untuk organisasi aku, maka aku mengambil inisiatif untuk menyukai kursus tersebut.

Aku tiada masalah untuk belajar apa sahaja, sebabnya memang dari aku kecil aku tiada target yang spesifik dalam hidup.  Target aku adalah hanya buat yang terbaik dalam setiap benda yang aku laksanakan supaya semua faktor-faktor disekeliling aku akan menyumbang kepada kejayaan aku.  Pendek kata, memang aku mengikut arus takdir yang telah termaktub di atas sana.  Bila aku diberi peluang,  aku akan lakukan apa yg terbaik yang boleh terbit dari peluang tersebut. 

Alhamdulillah, aku telah melepasi fasa confirmkan biasiswa.  ATM bakal mensponsor aku untuk belajar nanti.  Cumanya, persediaan dari diri sendiri yang aku rasa mcm kalut.  Tak tau universiti mana nak mohon.  Kalau ikutkan jarak rumah aku di Putrajaya dengan UKM, lebih baik belajar di UKM, KL. Mungkin boleh buat praktikal di Hospital Kuala Lumpur.  Hospital yang telah menyambut kelahiran aku 29 tahun yang lepas. Hmm... sedangkan UiTM tempat yang aku rasa macam di rumah.  Ramai kenalan di situ.

Aku pun tak pasti mana satu nak pilih. Harap-harap tuhan permudahkan lagi perjalanan hidup aku. Amin.

Thank you Allah.

No comments:

Post a Comment