Pages

agoda.com INT Lazada MY

Azam Demi Azam

Saban tahun, apabila tiba tahun baru, baik tahun baru Islam atau tahun baru masihi, pastinya azam baru ingin dibuat oleh setiap daripada kita. Azam tahun lepas sudah direalisasikan ke?. Sekadar ingin bertanya.
Azam tahun baru kalender Mayan...
Rata-rata antara kita berazam untuk jadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Yang bujang berazam tukar status kepada 'married'. Yang bekerjaya berazam ingin naik pangkat. Indah sungguh nikmat memiliki akal fikiran dan menjadi manusia.
Kita dapat merasai nikmat membuat azam. Biarlah azam tersebut tidak kesampaian ataupun tidak terlaksana. Namun itulah hak kita sebagai manusia berakal. Azam jika diteliti boleh membawa banyak kebaikan jika benar-benar kita pergunakannya. Percayalah...
Berazamlah...ianya percuma. Tidak perlu bayar walau sesen pun...
Itu nikmat yg tuhan berikan. Supaya kita lebih tahu arah tujuan. Simpan saja azam dalam hati. Biar kita sahaja yang tahu. Kelak tak ditertawa jika tidak tertunai.
Azam aku...
Lihat orang-orang disekelilingku gembira.

No comments:

Post a Comment