Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Sedang sibuk blogwalking tersinggah ke entri AkuBiomed berkenaan dengan peluang untuk berada dalam Bloglist Setahun blogger ciklaili.com. Jika korang pernah singgah ke ciklaili.com memang akan teruja dengan kekemasan layout blog yang sangat tersusun dipenuhi pula dengan maklumat-maklumat utama yang sering orang cari.  Satu strategi yang aku fikir baik sekali. Yerla, bila dah tengok orang buat macam tu, timbul pula rasa nak meniru. Tapi sebabkan ciklaili.com ini cikgu, berani ko nak meniru. Diketuknya tangan tu nanti guna 'roti kuning panjang'. hehe

Daripada kita ciplak idea ciklaili.com, lebih baik kita sertai peluang tersenarai dalam Bloglist ciklaili.com. Yerlakan, tujuan Blog Untuk Semua ni adalah untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan tentang sesuatu isu dengan kalian semua.  Sesuai dengan tagline 'Pencerahan melalui Pengamatan, Pemerhatian dan Pengalaman'... Aku masih tercari-cari niche blog ini sebenarnya. Nadi dia dimana?.. Sebenarnya aku lebih suka mengajak pembaca berfikir tentang sesuatu isu dari konteks yang diluar daripada pemikiran biasa. Dan aku nak provok pembaca supaya lebih kritis dan kritikal tentang sesuatu isu itu.  Itulah matlamat asalnya dan aku rasa aku bagus disitu.

Tetapi disebabkan dengan pengaruh daripada blog-blog lain, aku terasa dah jadi rojak blog ini namun pada kadar yang masih boleh diterima. Aku juga minat pelaburan hartanah, aku juga ingin berkongsi tips kesihatan..tapi bila memikirkan mana satu yang lebih ada roh dan jiwa, aku tak tahu nak membezakan yang mana..Itu sebab aku inginkan traffik daripada ciklaili.com supaya akan ada pengomen yang boleh bagi aku idea dan teguran dimana kelemahan dan kekuatan Blog Untuk Semua ini.  Bidang penulisan blog ini memang ada faedah yang besar dan boleh menginspirasikan orang lain dengan meluas, peluang sebeginilah sering tipis dalam kehidupan seharian realiti yang biasa.  Hanya melalui penulisan sahaja dapat mendampingi subjek yang disasarkan.

Seperti ciklaili.com yang telah nampak strategi sasaran audience nya seperti di entri Rahsia Trafik Blog Yang Tinggi , maka lebih mudah dan teruruslah matlamat sesuatu kewujudan blog itu. Tips yang diberikan sedikit sebanyak dah beri idea dan gambaran bagaimana Blog Untuk Semua ini akan diolah dan maju pada tahun 2013 yang sudah semestinya dibantu oleh ciklaili.com.

p/s: Buat ciklaili.com, terima kasih kerana peluang yang diberikan. 

5 comments:

  1. terima kasih kerana sudi join.

    opss..cikgu Laili bukan guru disiplin yang diberi kuasa untuk merotan pelajar. hanya guru yang biasa2 saja.

    moga blog ini akan terus maju jaya di masa akan datang :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... kerana memberi semangat

    ReplyDelete
  3. Good luck. Semoga tersenarai dlm bloglist cik laili.

    ReplyDelete
  4. dulu ada banyak masa nak buat ni semua tapi sekarang byk mende nk kena uruskan, fokus pada penulisan entry je. huhuhuh

    ReplyDelete