Pages

agoda.com INT Lazada MY

Cuti-cuti Langkawi

Ramai Gila Coklat Murah

Penat badan masih tak hilang lagi. Penat drive dari Kuala Kedah ke Putrajaya. Memang memenatkan. Dapat lak jem sepanjang jalan dengan hujan yang memburukkan lagi keadaan.  Aku ke Langkawi untuk kali kedua adalah atas urusan kerja. Aku dikehendaki untuk memberikan ceramah kepada sejumlah audience tentang pengurusan lojistik perubatan. Sebagai seorang Peg Farmasi ATM memang itula tugas aku. Lojistik. Memang terpaksa belajar dan master dalam bidang ini walaupun waktu aku di universiti dulu aku langsung tak didedahkan dengan pengurusan lojistik.
2 beg je kali ni. Selamat
Ia memang sangat penting memandangkan yang dalam apa-apa jua perniagaan perlu ada bahagian lojistik yang terpaksa diuruskan.  So, ianya seperti nadi dalam hidup seorang ahli perniagaan. Lemah pengurusan lojistiknya maka lemahlah pengurusan perniagaannya dan seterusnya lemahlah income yang boleh dijana.
Antara yang diborong
So, alang-alang dah sampai ke Langkawi ni, apa lagi. Memang kena pergi melawat dan membeli belah.  Sengaja aku bawakan anak dan isteri untuk ikut aku.  Yerla, aku ni bukannya suka pergi bercuti.  Aku lebih suka lepak di rumah dan berehat. Tapi sekali sekala kena jugak bawak anak isteri bercuti. Tak boleh kira aku je kan. So, nak jadikan cerita, isteri mohon cuti  dan aku ponteng anak aku dari tadikanya. hehe.  Organiser dah sponsor bilik hotel dan sebagainya.  Apa lagi, inilah peluang bercuti dengan percuma. he3x
Panjang tu beratur sebelum dapat naik Cable Car
Aktiviti yang sempat aku buat adalah menikmati keindahan Pulau Langkawi daripada Gunung Mat Cincang. Diceritakan bahawa dulu ada 3 ekor gergasi yang menghuni Pulau Langkawi ni dan telah disumpah menjadi gunung-gunung disini. Itu adalah mitos penduduk tempatan.  Inipun diberitahu oleh pemandu pelancong kami.
Tapi nasihat aku, kalau korang nak naik ke Gunung Mat Cincang, haruslah datang seawal pagi mungkin, sebabnya, berduyun-duyun manusia perak dan terlebih excited nak naik Gondola  Cable Car disana.  Permandangan dari atas bukit mana yang tak cantikkan? memang cantik. Subhanallah. Maha Suci Allah.
Subhanallah
Kalau pergi ke Langkawi tak beli Kain Batik, Kain Pelekat, Pinggan Mangkuk dan Coklat memang tak sah.  Oleh sebab mem aku dah pernahh borong pinggan mangkuk waktu baru dapat anak dulu, maka tak perlulah aku mengerah tenaga nak angkat pinggan mangkuk lagi. Kali ni hanya sebakul coklat, kain pelekat (untuk ayah, ayah mertua), kain batik (mak, mak mertua) dan ubat gamat (daripada ibu gamat hingga ke anak-anak gamat). Aku pun tak sure bila aku nak guna ubat gamat tu.  Mungkin isteri akan guna lepas bersalin anak kedua kami nanti.
Oh Yeah! Cenderahati
Nasihat aku lagi, sekiranya ingin bercuti di Langkawi, rancanglah betul2 perjalanan anda.  Kalau ada kaki di sana, gunakanlah, tidaklah kena tipu dengan ulat-ulat yang banyak disana.  Inilah yang merimaskan aku. Keluar dari jeti je nak approach gila-gila.  Nasib baik tak gila macam orang-orang di Tangkuban Perahu, Bandung yang aku pergi dulu.  Lagi hampeh. Buat orang takde privacy pulak.
Cantik
Yang paling penting. Jangan ikut laluan kecemasan ketika jalan sedang jem ye kengkawan. Macam aku. hehehe
Happy :)

No comments:

Post a Comment