Pages

agoda.com INT Lazada MY

Dilema seorang suami

Ini kisah di antara suami dan isteri.
Si jejaka di zaman gemilangnya
Sewaktu zaman bercinta semuanya indah-indah belaka.  Macam biasala, keluar dating (walaupun sorok-sorok) ketika di alam universiti. Berjanji sehidup semati, selalu berhubungan samada melalui sms mahupun surat.   Sms dan surat di utus penuh dengan ayat-ayat romantik dan penuh dengan sastera. Walaupun si jejaka bukanlah dari aliran sastera, namun ayat-ayat jiwangnya ketika itu amat tinggi nilai abstrak dan kehalusannya. Bisa membuatkan mana-mana wanita cair apabila membacanya.  Begitulah kuatnya kuasa penulisan si jejaka di zaman cintanya.

Kini

Yang di impi telah menjadi kenyataan, yang dijanji telah ditunaikan. Yang dirancang telah dilakukan. Tapi masalahnya....

Si isteri merasakan si suaminya telah berubah. Tidak lagi ketika masih bergelar si jejaka. Jauh sama sekali. Tiada lagi ayat-ayat jiwang yang manis lagi mempersona. Tiada lagi belaian mukadimah pembuka bicara yang menggetarkan jiwa. Aduh, kenapa boleh jadi begini? Si isteri inginkan si suami seperti jejaka yang dikenalinya dahulu. Penuh romantis dan gentleman lagaknya.  Adakah sebab selepas melahirkan anak, kasih si suami beralih arah. Kepada si anak mungkin? Resah gelisah hati si isteri mengenangkan sikap si suami yang sudah berubah. Mulala si isteri memikirkan yang bukan-bukan. Hmmm...perempuan. Si suami tak tahu bagaimana hendak menjelaskan situasi sebenar. Tentang apakah yang terjadi dan benarkah kasih sayangnya sudah berubah... Oh.. Si suami keliru. Buntu. Kusut dan menemui jalan buntu. Habislah aku kali ini getus hati si suami.

Jauh di lubuk hati si suami.. (inilah yang terjadi)

' Kenapa perempuan selalu memikirkan sesuatu yang tidak konkrit, sukakan yang abstrak dan tiada gravitinya??..Tidakkah mereka sedar yang aku, si suami telah memberi kasih sayang, perhatian, dan rasa hormat terhadap rumah tangga yang dibina??.. Itu belum lagi dengan kasih sayangnya kepada anak-anak yang dilahirkan dari darah daging mereka berdua. Menjaga anak-anak tersebut penuh kasih sayang, penuh perhatian dan tanggungjawab....

Status jejaka kepada suami
Masih butakah si isteri dengan keringat yang dikerah oleh si suami untuk mengumpulkan harta demi masa depan mereka berdua dan anak-anak, membanting tulang mencari rezeki yang halal untuk disuapkan kepada isi rumah?.....

Kenapa si isteri masih mendambakan ayat-ayat cinta dari si suami seperti masih jejaka idaman?

Sedarlah wahai si isteri bahawasanya ayat-ayat cinta si jejaka yang anda damba itu telah berubah menjadi sesuatu yang lebih suci murni dan praktikal. Ayat-ayat cinta tersebut telah bertukar menjadi sikap tanggungjawab, rasa hormat, rasa belas, kasih sayang kepada anak, rasa ihsan dan kesetiaan yang sukar hendak diucapkan. Ayat-ayat cinta yang dahulunya boleh dizahirkan dengan pertuturan telah menjadi perbuatan. Pertuturan dan perbuatan? Yang mana satukah lebih bermakna? 

Oleh itu wahai si isteri, belajarlah memerhati, mencari dan memahami kemanakah ayat-ayat cinta yang anda cari sebenarnya. Adakah hanya sekadar ayat yang tiada keikhlasan ataupun perbuatan yang penuh rasa tanggungjawab??...'

Biarkan dilema ini kembali kepada si isteri.

Begitula sepatutnya. Dengan satu sebab.

Di waktu bercinta dahulu, adakah kerap dan acapkali berjumpa?? Jika ia pun, takkanlah hari-hari bukan?? Sewaktu bercinta ada rasa rindu disebabkan jurang masa yang memisahkan. Pabila sudah berkahwin, hari-hari bertentang mata, bersua hidung... fikirkan secara lojik. Takkanlah nak berayat jiwang setiap hari...dah takde keje lain ker?.. lebih baik pergi kerja cari rezeki. hehehehe

Jika kaum isteri masih tidak faham dan masih inginkan ayat-ayat cinta dari si suami sama seperti dia masih jejaka, lepaskanlah dia pergi, tapi bukan untuk selama-lamanya kerana benarlah kata orang tua-tua dahulu.. 'Jika sayangkan anak, tangan-tangankan, jika sayangkan isteri, tingal-tingalkan' 

And that makes sense. Baru aku faham.

Dan ini cerita kau dan aku wahai si suami. Betul??
p/s: Happy 4th anniversary sayangku (19/12/2012). Semoga cinta kita berkekalan hingga ke anak cucu. Amin














 

11 comments:

  1. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian..

    ReplyDelete
  2. tersentuh hati selepas membace blog ni,

    dan selepas ini akan lebih lebih menghargai selagi suami tercinta berada di sisi...

    ReplyDelete
  3. @ Liza aufa.. hargailah suami anda seadanya.

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary bro..oh , hensemmm...

    ReplyDelete
  5. happy anniversary to both of you. may Allah bless your marriage n your family... always. ;D


    lelaki terpikat dengan apa yang dilihatnya, sedangkan wanita terpesona dengan apa yang didengarnya.

    ReplyDelete
  6. semoga Allah merahmati kalian berdua

    ReplyDelete
  7. para suami kena sabar hadapi kerenah isteri..memang tak dinafikan ada yng berlaku macam tu...

    ReplyDelete
  8. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ follow Pesona pula ya

    ReplyDelete