Pages

agoda.com INT Lazada MY

Itu Semua Karut

Ramai yang disana cuba mencetus polimik hari kiamat.  Kata mereka, 'Kiamat' akan terjadi pada 21.12.12 (Jumaat).  Mengikut Kalendar Mayan.  Mereka itu dari Barat.
Komet? Nibiru?
Di Malaysia.

Alhamdulillah. Tiada pembelian panik.  Tiada persediaan menjaga diri yang 'gila'. Alhamdulillah.

Di China

Ada yang membuat kapal, ada yang mereka kapsul berbentuk Orb, Bola dan sebagainya yang dikatakan mampu menahan hentakan, gegaran dan hatta ombak tsunami. Aku musykil semua tu. Sebabnya, bila Tuhan ingin mengambil nyawa seseorang itu, Izrail xakan gagal sama sekali. Mati juga akhirnya. Tercabut nyawa dari jasadnya.

Polimik Kiamat Yang Tidak Benar

Hari ini.

Masih hidup seperti biasa.  Masih aman dan tenteram di Putrajaya.  Masih dapat menghirup udara segar alam.  Bumi masih bergerak mengikut aturannya.  Malam berganti siang, siang berganti malam. Indah sekali. Langit yang membiru, bukit bukau yang sungguh hijau sejuk mata memandang. Burung-burung gembira bersiul nyanyian rimba. Harimau dan Gajah bersemayan di takhta mereka.

Jadi mananya kiamat 2012 yang dikatakan mereka. Mereka dari Barat. Penipu. Pembohongan besar. 

Tujuan.

Memesongkan tumpuan umat islam. Menakutkan semua yang ada kepercayaan. Menggetarkan hati insan yang cetek imannya.  Menimbulkan was was kepada ajaran Islam.

Ternyata.

Ilmu Allah lagi luas, besar, tinggi dan tidak terbanding.  Tiada siapa yang tahu bila kiamat besar terjadi. Tetapi umat Islam sekalian, wajib mempercayainya. 

Kata Ustaz, 'Mengapa kita perlu kecoh tentang hari kiamat seolah-olah kita tidak pernah membuat amal kebajikan, lebih baik tumpukan pada penambahan iman sebelum sibuk memikirkan bila terjadinya kiamat yang mana tidak akan diketahui oleh kita sama sekali'

Aku. Hanya geleng kepala. Tersenyum sinis. Barat Bodoh. 

2 comments:

  1. biasalah tu. semua suka baca benda-benda gini.

    ReplyDelete
  2. Buang masa je fikirkan benda ni semua.

    ReplyDelete