Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kenapa aku nak masuk bloglist Abang Ensem tahun 2013

Amaran : Entri ini boleh menyebabkan pembaca menyampah dan termuntah hijau yang boleh menjejaskan kewarasan anda. Sila baca dibawah pengawasan staf nurse, sister, matron dan cleaner pejabat anda (supaya ada orang cucikan muntah anda). 

Berikut adalah punca-punca mengapa Blog Untuk Semua perlu ada dalam senarai bloglist Abang Ensem:

1.  Sudah tentulah traffik yang boleh dijana melalui blog Abang Ensem. Yerlakan, dah sesah traffik ke sana. Dah sampai ke tahap choke point pun. So, dengan adanya 'jalan' alternatif ini. Dapatla pengguna traffik alam maya kebebasan melusuri jalan-jalan yang ada. At least tidaklah saturated. Dan mungkin ada manfaatnya.

2. Dia ingat dia seorang je ke hensem?Aku ni apa kurang kacaknya. Dengan adanya Blog Untuk Semua dalam bloglist beliau. Bolehla para pembaca melihat betapa kacaknya aku berbanding Abang Ensem. Hehehe

3.  Aku sebenarnya kagum dengan keberanian Abang Ensem berhenti kerja dan menumpukan perhatian pada bisnes dan blognya. Aku pun inginkan komen-komen daripada pembaca yang aku ni dah layak ke berhenti kerja seperti Abang Ensem?.. Korang tengok blog aku, lepas tu fikir..adakah layak aku berhenti kerja?...Hehehe

4.  Aku pun nak berkenalan dengan awek-awek banker Abang Ensem. Dia selalu makan sorang. Apa punya orangla. At least pass la kat aku sorang dua. Kenalkan la kat aku. Barulah boleh aku praktikkan ilmu hartanah daripada dia. Dia ni ajar tak abis. Bagi ilmu, tapi cara dan bagaimana nak implementasi dia sorokkan. Kalau tak, takdala bro Ariff Shah menangis sebab kusut nak setelkan loan pertama dia. Hehehe

5.  Sejujurnya...  aku ingin jadi sahabat beliau. Sebelum Abang Ensem menjadi famous amous yang sedap dimakan. Yang waktu tu dia hanya pandang orang sebelah mata. Baik aku jadi kawan dia walaupun kawan maya. At least aku ada hak kutuk dia or tegur ketika dia dah lupa diri. Tapi budak berlatarbelakang agama ni akan lupa diri ker? Hanya Abang Ensem yang tahu.
Cukuplah 5 sebab kenapa Blog Untuk Semua berhak terpilih dalam senarai bloglist Abang Ensem. 

p/s: Rasa-rasa aku macam tak terpilih jer..kalau xterpilihpun xpe. Janji dah siap satu entri. Muehehehehe

4 comments:

  1. goodluck. semoga tersenarai :)

    ReplyDelete
  2. Itula, semuanya atas keputusan AE, kita ni masih bertatih.

    ReplyDelete
  3. rasa nak sertai juga segmen ni..nmpak mcm menarik..nsib tarikh tutup lambat lagi,...

    ReplyDelete
  4. joinla..tak rugi pun..at least dpt gak traffik dari diorang

    ReplyDelete