Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kepentingan Hubungan Strategik

Ramai yang sedia maklum betapa pentingnya mempunyai rangkaian hubungan strategik yang berkesan dan berguna.  Ramai juga yang tidak menyedari perihal ini. Kerana apa? Kerana merasakan diri bahawa sudah boleh bertindak atau hidup dengan sendirinya. Pada aku mereka yang tidak membuat atau menjalinkan hubungan strategik ini merupakan manusia yang rugi.  Kita tidak mungkin tahu apa yang orang lain tahu, hatta dengan orang yang tidak kenali.  But off course kena berhati-hati.  Menjalinkan kerjasama strategik dan mampan sesama blogger juga merupakan strategi yang boleh digunakan untuk melonjakkan populariti sesuatu jenama blog tersebut.
Sesi networking dengan counterpart dari Australia dan UK

Lihat sahaja blogger-blogger terkemuka kita, apa yang mereka buat adalah menjalinkan kerjasama sesama mereka untuk memantapkan lagi isi kandungan blog mereka dan sudah semestinya jumlah traffik.  Soalan? Bagaimana anda boleh masuk dalam kumpulan mereka? Adakah anda perlu menjadi popular dahulu? ataupun anda boleh sertai liga mereka sekarang? Terpulang sebenarnya. Ada cara bagaimana anda boleh sertai liga mereka sekarang. Dan jika anda sudah popular, maka ianya akan lebih mudah. Cuba bayangkan bagaimana anda boleh meningkatkan jenama blog anda sekiranya dibantu oleh peneraju blogger tempatan seperti denaihati.com , eyriqazz.com , abangensem.com dan et al. 

Adat manusia berguru, berdikit-dikit dahulu ketika menuntut ilmu.  Kadangkala anda tidak perlu belajar secara langsung daripada mereka.  Anda boleh belajar dari pemerhatian yang kritis, sedari apa yang mereka lakukan, copycat cara tersebut dan cuba implementasikan.  Sebagai contoh, sekiranya blog reference anda melakukan peraduan dan contest, maka anda juga harus memikirkan perkara yang sama pada masa akan datang.

Cumanya, jika anda dapat menyertai liga mereka.  Lagi besar dan tinggi peluang anda untuk menjadi 'pesaing' mereka pada suatu hari nanti. Pesaingan itu haruslah secara sihat. Jangan pula anda makan kawan anda setelah apa yang anda dapat telah dikecapi. Biarlah sesama kita menolong untuk kepentingan bersama. Aku sangat teruja bila memikirkan orang-orang di belakang tabir blog denaihati.com , eyriqazz.com, abangensem.com dan et al bergabung tenaga dan membentuk konsortium yang specialize dalam bidang masing-masing dan akhirnya membina satu 'produk' berkualiti untuk diperdagangkan.  Bayangkan. Aku yakin dan pasti mereka boleh maju ke hadapan dengan lebih cepat dan mendadak.  Pengaruh mereka sangat besar dalam dunia blogging.  Siapa yang tidak mengenali mereka memang sah blogger baru. Harus pernah membaca dan berhubungan dengan mereka walaupun secara tidak langsung.

Yang penting, apa yang ada di fikiran anda. Control your mind, and you can control your destiny.  Pada aku: jika berpeluang, aku ingin bekerjasama dengan mereka. Mesti sesuatu yang menarik dan mengujakan bakal berlaku yang mungkin mengubah cara anda berfikir tentang blog.

p/s: Mind Control

 

No comments:

Post a Comment